Skip to main content
HomeSabah

Peka Kesihatan Peribadi

By 1 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Bin Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 1 Mac (Malaysiaktif) – Orang ramai disaran sentiasa peka terhadap kesihatan peribadi dan terbuka untuk melakukan pemeriksaan awal bagi pengesanan sebarang penyakit.

Timbalan Pengarah Klinikal 1,  Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendra A/L Pancalingam berkata, kesedaran dan pengetahuan masyarakat akan kepentingan menjalani ujian saringan khususnya mengenali tanda-tanda dan gejala sebarang penyakit amat penting.

Dr. Yogendra berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat HQE anjuran Jabatan Pembedahan Am dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE, baru-baru ini.

Pameran berhubung penyakit Kanser Payudara turut menjadi tumpuan pengunjung yang hadir.

Pameran berhubung penyakit Kanser Payudara turut menjadi tumpuan pengunjung yang hadir.

“Pengetahuan masyarakat mengenai pelbagai penyakit khasnya penyakit kanser amat penting bukan sekadar menimbulkan kesedaran mengambil langkah pengesanan dan rawatan awal malah menghapuskan tanggapan bahawa penyakit ini tidak mampu dipulihkan.

“Masih terdapat segelintir masyarakat yang masih percaya bahawa kanser adalah penyakit yang tidak boleh dipulih atau dirawat. Tanggapan ini tidak tepat, kerana penyakit kanser boleh dicegah dan mampu dirawat secara berkesan melalui kaedah tertentu dan bersesuaian sekiranya dikesan dan dikawal di peringkat yang lebih awal.

“Pihak hospital juga akan terus mempergiat program pendidikan kesihatan mengenai penyakit kanser kepada orang ramai agar maklumat mengenai penyakit tersebut sampai kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh’’ jelasnya.

Program menderma darah turut mendapat sambutan sepanjang sambutan hari kanser sedunia berlangsung.

Program menderma darah turut mendapat sambutan sepanjang sambutan hari kanser sedunia berlangsung.

Bertemakan “Saya akan dan saya boleh, (I am and I will) majlis sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat HQE dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Pakar Pembedahan Am hospital Dr. Sentilnathan Subramaniam.

Ceramah tertumpu kepada perkembangan dan kaedah rawatan penyakit kanser terutama kanser koloretal atau usus besar.  Selain pameran kesihatan, sambutan turut diserikan program menderma darah kalangan pengunjung serta kakitangan hospital di ruang legar lobi hospital.

Hadir sama pada majlis sambutan Ketua jabatan Pembedahan Am Negeri Dr. Chuah Jitt Aun, serta Dr. Rohamini Sibin selaku Ketua Jabatan Pembedahan Am Peringkat Hospital.

EM

Tinggalkan komen anda