Skip to main content
HomePulau Pinang

Pelajar Teruja Mendapat Edaran Bahan Penerbitan Komik Geng Klik

By 30 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Daerah Timur Laut)

GEORGETOWN, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Pelbagai bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diagihkan pada program Taklimat Jenayah Siber Untuk Gen Y di Kolej Komuniti Bayan Baru di sini, baru baru ini.

Kewujudan Pusat Maklumat Rakyat adalah satu usaha dilaksanakan JaPen yang bertindak sebagai lidah rasmi kerajaan untuk memasarkan dan mempromosi dasar negara melalui bahan penerbitan seperti poster, buku serta majalah tentang isu semasa dan terkini.

Pengedaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pelajar

Pengedaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pelajar

Pelbagai usaha dijalankan JaPen dengan mengadakan perkhidmatan kaunter servis dalam pelbagai program untuk golongan yang tidak mampu hadir ke Pejabat Penerangan bagi mendapat bahan penerbitan.

Siti Aminah Mohamad, 18, pelajar Kolej Komuniti menyuarakan rasa seronok dan teruja setelah mendapat edaran bahan penerbitan JaPen.

Bahan-bahan penerbitan yang diedarkan

Bahan-bahan penerbitan yang diedarkan

“Saya sangat gemar membaca bahan ilmiah sebegini tapi tidak mempunyai masa bersesuaian untuk berkunjung ke pejabat JaPen.

“Selain komik Geng Klik, Mentari dan buku kecil Rukun Negara, penerbitan bahan-bahan seperti ini akan menggalakkan lagi sifat membaca dan memantapakn ilmu pengetahuan melalui maklumat terkini yang diperolehi di kalangan pelajar kolej,” ujarnya.

EM

Tinggalkan komen anda