Skip to main content
Home

U.n.i Klinik Produk Usahawan terbaru MARA untuk Komuniti Luar Bandar

By 30 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Daerah Seberang Prai Utara)

BERTAM , 30 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengolak langkah memperkenalkan satu Program Pembangunan Usahawan Profesional atau dikenali ProSPEC dalam bidang perubatan pada tahun lepas.

MARA merupakan sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diwujudkan oleh kerajaan bertujuan memajukan, menggalakkan, memudahkan serta merancang pembangunan ekonomi untuk masyarakat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.

Seramai lebih 300 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perubatan/Medical Officer (MO) khusus digunakan oleh hospital kerajaan dan Pengamal Perubatan/General Practitioner (GP) yang digunapakai oleh klinik swasta di seluruh negara mengambil peluang dalam menyertai peluang yang ditawarkan oleh MARA bagi program permulaan ini.

Pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di U.n.i Klinik Bertam

Pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di U.n.i Klinik Bertam

Fasa pertama program ini, seramai 40 orang berjaya melepasi tapisan MARA terpilih dan memenuhi syarat menjalani latihan Pembangunan Usahawan Profesional pada bulan Julai tahun lepas.

Kini, daripada jumlah 40 usahawan berkenaan seramai 20 usahawan telah ditawarkan kemudahan pembiayaan perniagaan sehingga RM300 ribu bagi membuka klinik sendiri di bawah satu jenama U.n.i Klinik (You and I Clinic).

Salah seorang usahawan muda yang memenuhi syarat ProSPEC ini, Mejar (Dr.) Mohd Fitri Musa (B), 35, yang berjaya membuka cawangan U.n.i Klinik di Bertam.

“Salah satu keunikan U.n.i Klinik Bertam ini adalah waktu operasinya bermula dari 8.00 pagi sehingga 12 malam setiap hari.

“Perkhidmatan yang ditawarkan antaranya adalah konsultasi perubatan, rawatan kesihatan, pemeriksaan antenatal/bersalin seperti perkhidmatan ultrasound 4D/5D, rawatan asma dan pemeriksaan kesihatan untuk umrah, haji, pra univerisiti, pekerja awam, vaksinasi dan perkhidmatan berkhatan,” ujarnya.

Mejar (Dr). Mohd Fitri Musa bersama kakitangan U.n.i Klinik Bertam

Mejar (Dr). Mohd Fitri Musa bersama kakitangan U.n.i Klinik Bertam

Mejar (Dr) Mohd Fitri dibantu oleh seramai lima kakitangan yang terdiri daripada tiga orang jururawat, seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Farmasi yang mempunyai kelulusan daripada bidang masing-masing.

“Konsep yang diperkenalkan di klinik ini adalah berlainan dari klinik yang lain bermula semasa pendaftaran pesakit di kaunter akan disambut oleh jururawat sebelum berjumpa dengan saya.

“Layanan mesra dan senyuman manis dari staf yang professional di samping kualiti perkhidmatan diutamakan adalah antara penekanan yang saya dititikberatkan demi memberi keselesaan kepada pesakit khususnya komuniti di Daerah Seberang Perai Utara selain caj rawatan yang akan dikenakan juga masih berpatutan,” katanya lagi ketika ditemui.

Program ProSPEC adalah selari dengan usaha untuk meningkatkan nisbah satu doctor kepada 400 rakyat (1:400) seperti mana keperluan yang dinyatakan oleh World Health Organization (WHO) bagi sesebuah negara.

Jururawat yang bertugas di kaunter yang bersiap sedia untuk menerima kehadiran pelanggan

Jururawat yang bertugas di kaunter yang bersiap sedia untuk menerima kehadiran pelanggan

Pada masa kini, nisbah tersebut adalah pada kadar (1:650) dan inisiatif ini dilihat memberikan peluang kepada doktor untuk terus berkhidmat dan tidak bergantung kepada penempatan di hospital atau klinik kerajaan sahaja sebaliknya mereka bakal memiliki perniagaan sendiri.

EM

Tinggalkan komen anda