Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

RELA Perlu Ada Identiti Tersendiri

By 4 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

Tasek Gelugor,  4 Mac (Malaysiaaktif) –  Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarelawan beruniform di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.

Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, RELA telah ditubuhkan di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964. Penubuhan RELA memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama terlibat dalam memelihara kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. 

Pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dibuat dalam memantapkan perkhidmatan RELA dan akhirnya pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Tiga dari kiri Kamaruddin Bin Mohd Rapiq, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), RELA bersama Abdul Rashid Bin Basiran, Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang serta did jemputan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke 47 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Tiga dari kiri Kamaruddin Bin Mohd Rapiq, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), RELA bersama Abdul Rashid Bin Basiran, Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang serta did jemputan pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke 47 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Menurut  Kamaruddin Bin Mohd Rapiq, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), Jabatan Sukarelawan Malaysia memaklumkan anggota RELA bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan perlu mempunyai  anjakan paradigma dalam memberikan perkhidmatan berasaskan slogan “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat”. 

“RELA perlu mempunyai  peranan dan identiti tersendiri selaras dengan konsep” 5K 1P” iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Kehamornian, Kesatuan dan Perpaduan”, kata beliau semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang RELA Ke 47 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara.

Mohd Rizal bin Md Radzi, PRD SPS bersama Ho Ke Meng RELA Sukarelawan

Mohd Rizal bin Md Radzi, PRD SPS bersama Ho Ke Meng RELA Sukarelawan

Seramai 232,000 ribu orang yang mendaftar dalam perkhidmatan sukarelawan ini  di Pulau Pinang yang terdiri dari pelbagai kaum, peringkat umur serta pelbagai latar belakang pekerjaan. Namun, hanya 1000 orang anggota RELA yang aktif dalam menjalankan operasi tanpa mengira masa dan keadaan. 

Menurut seorang sukarelawan RELA yang dikenali sebagai Ho Ke Meng, 51 tahun yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam pasukan ini memaklumkan beliau memilih untuk memasuki  RELA disebabkan pasukan ini merupakan perkhidmatan pertahanan yang ketiga selepas Tentera dan Polis. Dengan menyertai pasukan ini beliau dapat mempelajari cara menggunakan senjata api dan menembak serta seni mempertahankan diri. 

Muhammad Bakri Bin Sobri antara anggota yang menerima pingat RELA di majlis ini

Muhammad Bakri Bin Sobri antara anggota yang menerima pingat RELA di majlis ini

” Antara kenangan yang memberikan kesan sepanjang penglibatan saya dalam sukarelawan ini  adalah dalam misi banjir di Pulau Pinang pada tahun 2017″, katanya lagi. 

Sementara itu, menurut Mohd Rizal bin Md Radzi, 42 tahun, Pegawai RELA Daerah Seberang Perai Selatan  memaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 11 tahun dalam perkhidmatan awam ini. Beliau turut menzahirkan kesyukuran diatas hasrat kerajaan untuk menaikkan kadar elaun bertugas bagi  pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selewat-lewatnya tahun depan.

Ini susulan dari kenyataan Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin,yang menyatakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan kadar elaun bertugas bagi pegawai RELA dinaikkan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam, manakala bagi anggota biasa daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam, selepas kali terakhir dikaji tujuh tahun lalu.

Kementerian melihat ada asas untuk menaikkan kadar elaun bertugas itu dengan mengambil kira kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.

Dalam majlis yang sama, 12 anggota RELA terpilih menerima pingat RELA Negeri Pulau Pinang sempena Ulang Tahun ke 47 Tahun RELA. Sementara itu, 43 orang telah menerima Watikah Perlantikan Ketua Platon RELA (KPR) dan Ketua Platon Rela Khas, 30 orang menerima sijil penghargaan dan 2 orang waris anggota RELA menerima insuran kelompok RELA sebanyak RM2500 setiap orang atas jasa yang telah disumbangkan sebelum ini.

 

Tinggalkan komen anda