Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Variasi Pilihan Hadiah, Cenderamata Tanda Ingatan

By 6 Mac 2019Tiada komen4 minit bacaan
 Laporan/Foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

Kota Kinabalu, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Setiap kali jika ingin meraikan ulang tahun kelahiran dan perkahwinan ataupun menganjurkan majlis-majlis formal pastinya antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah pemberian hadiah atau cenderamata kepada pasangan atau jemputan.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Jika ditinjau, pelbagai variasi cenderamata yang dihasilkan oleh pengusaha mengikut trend terkini bagi memenuhi permintaan pasaran dan pelanggan hanya perlu memilih mengikut kesesuaian tema dan majlis yang akan dijalankan atau ingin dihadiri.

Manakala bagi pelanggan pula, sudah tentu cenderamata yang unik, murah dan tahan lama menjadi pilihan utama kerana pastinya untuk dijadikan tanda ingatan yang berpanjangan.

Adam cuba membuat rekaan yang diminta pelanggannya.

Adam cuba membuat rekaan yang diminta pelanggannya.

Bagi usahawan muda, Adam Saberun, 32, niat untuk memberi sokongan kepada kerja sampingan isteri dalam bidang bakeri akhirnya membuka peluang pula untuknya kepada kerjaya kedua dalam bidang perniagaan cenderamata.

“Isteri saya yang juga seorang guru sering menerima tempahan membuat kek, dan kebetulan sekitar 2017 sangat popular penggunaan dekorasi cake topper, tetapi memandangkan pada ketika itu tiada servis tersebut disediakan di Sabah, maka kami perlu menempahnya dari Semenanjung.

Alice yang membantu Adam di premis sepanjang ketiadaannya.

Alice yang membantu Adam di premis sepanjang ketiadaannya.

“Penghantaran sudah pasti secara pos yang sememangnya memakan kos dan masa, apa tah lagi jika barang yang ditempah pula dalam keadaan tidak sempurna atau patah kerana material yang digunakan adalah kayu atau acryclic yang menyebabkan kami kerugian.

“Hinggalah satu ketika saya terlihat mesin laser cut yang diiklankan di laman sosial facebook yang boleh digunakan untuk membuat cake topper, lantas tanpa banyak berfikir saya terus membelinya walaupun tiada pengetahuan asas untuk mengendalikan mesin itu,” jelas Adam yang juga merupakan seorang jurutera teknikal di sebuah syarikat penerbangan.

Kayu pemotong daging yang di ukir sebagai cenderamata.

Kayu pemotong daging yang di ukir sebagai cenderamata.

Menurutnya sejurus mesin tersebut selamat sampai, dia turut menghubungi penjual untuk bertanyakan cara penggunaannya dan selebihnya dia banyak belajar sendiri melalui laman sosial Youtube.

Adam mengambil masa kira-kira enam bulan untuk belajar cara yang betul dan memilih gred dan ketebalan kayu yang baik, sebelum mendapat hasil yang sempurna.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

“Produk utama sememangnya cake topper, sehinggalah suatu ketika kami mendapat jemputan majlis perkahwinan daripada rakan, kemudian saya dan isteri bercadang untuk memberikan hadiah yang unik.

“Dengan itu kami mula mengukir di atas papan pemotong daging serta pada penyangkut baju dan jadikannya sebagai hadiah perkahwinan, namun kami mendapat banyak respons daripada rakan selepas memuat naik foto tersebut di laman facebook kami.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

“Apabila ramai yang bertanya, kami cuba menerima tempahan dan tidak sangka semakin ramai yang berminat dengan produk ini, mungkin kerana perkhidmatan laser cut sangat kurang di Kota Kinabalu,” jelasnya.

Selepas beberapa bulan menjalankan perniagaan tersebut, Adam dan isteri menjinakkan diri menyertai pameran jualan hingga mempertemukan beliau dengan rakan kongsinya kini, Saw Lip Chiang yang turut menjalankan perniagaan yang sama.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

“Sebelum ini jika ada pelanggan yang membuat tempahan dalam skala yang besar, saya akan minta mereka rujuk kepada Saw yang ketika itu turut membuka pameran jualan berhampiran gerai saya.

“Apabila sering memberinya pelanggan, Saw menghubungi saya dan mencadangkan agar kami bergabung dan menjalankan perniagaan ini bersama-sama dan kemudian seorang lagi rakan saya yang mengendalikan perniagaan dekorasi perkahwinan, Jowene Elle Chia turut menyertai kami,” jelasnya.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Antara cenderamata yang dihasilkan menggunakan teknik laser cut.

Namun begitu, memandangkan Saw mengendalikan gudang miliknya yang beroperasi di Kota Belud, manakala Jowene pula sering berada di luar kota, maka cadangan untuk membuka premis di Kota Kinabalu diserahkan kepada Adam, sementelah pelanggan mereka juga banyak berada di sini.

Gabungan itu menurutnya menjadikan perniagaan mereka semakin kukuh kerana masing-masing punya kepakaran serta pelanggan yang sedia maklum dengan perkhidmatan yang ditawarkan menjadikan hubungan mereka semakin serasi bersama walaupun berbeza kaum.

Mesin pertama yang dibeli oleh Adam masih digunakan sehingga kini.

Mesin pertama yang dibeli oleh Adam masih digunakan sehingga kini.

Menurutnya, memang ada sesetengah yang mempersoalkan hubungan mereka yang berbeza kaum dengan pelbagai andaian negatif serta cuba menimbulkan kerisauan jika ada yang akan mengambil kesempatan antara satu sama lain, namun katanya mereka mengambil pendekatan untuk saling memahami dan sentiasa berbincang.

Kata Adam, semenjak premis mereka dibuka pada penghujung 2018, mesin yang digunakan ditambahbaik dan boleh menghasilkan tempahan dalam skala yang besar.

Stok kayu daripada gred terbaik yang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Stok kayu daripada gred terbaik yang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Rangkaian produknya juga semakin berkembang mengikut kehendak pelanggan antaranya seperti keychain, fridge magnet dan mock cheque, event backdrop, souvenirs, bookmark, custom badges dan signage.

“Pelanggan boleh datang dengan rekaan sendiri atau kami boleh bantu dengan merealisasikan imaginasi dan idea mereka, ataupun pada pelanggan yang tidak punya idea, kami akan cuba reka dua atau tiga reka bentuk untuk memudahkan mereka memilih.

Perabot unik yang dihasilkan oleh Saw diletakkan didalam restoran mereka.

Perabot unik yang dihasilkan oleh Saw diletakkan didalam restoran mereka.

“Setakat ini pelanggan kami sememangnya daripada warga tempatan sendiri, Semenanjung dan juga Singapura,”ujarnya.

Apa yang menariknya, premis mereka juga digabungkan dengan perniagaan makanan khusus untuk golongan vegan yang mempunyai diet pemakanan yang berbeza.

Kek Vegan juga dibuat sendiri khas untuk golongan vegan.

Kek Vegan juga dibuat sendiri khas untuk golongan vegan.

Pemakanan golongan vegan selalunya tidak boleh merangkumi sebarang makanan atau minuman yang melibatkan haiwan dalam mekanisme pemprosesannya termasuklah bahan-bahan ramuan yang biasa digunakan termasuk produk tenusu, telur, madu dan gelatin.

Dalam pada itu, Adam berharap agar dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka serta meluaskan perkhidmatan laser cut kerana terbukti banyak produk yang boleh dihasilkan melalui mesin tersebut serta mampu menjana peluang pekerjaan yang baik.

EM

 

Tinggalkan komen anda