Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Pembantu Perubatan Perlu Nilai Tambah Gerak Kempen Kesihatan

By 6 Mac 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/Foto:Zaidi Jamin(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi berkata setiap pembantu perubatan perlu ada nilai tambah dalam melaksanakan tugas termasuklah keupayaan mempromosi kempen kesihatan kepada masyarakat khasnya kempen mengalakkan masyarakat menderma darah.

“Profesion Pembantu Perubatan di negeri ini bukan sahaja perlu komited dalam memberi rawatan kesihatan mengikut protokol semasa, malah perlu menjadi penggerak kempen dan program kesihatan di kawasan masing-masing.

Sebahagian kalangan Penolong Pegawai Perubatan hospital yang terlibat menderma darah dan menjayakan program.

Sebahagian kalangan Penolong Pegawai Perubatan hospital yang terlibat menderma darah dan menjayakan program.

“Pembantu Perubatan bukan sahaja perlu menjadi contoh dalam semua program kesihatan sebaliknya perlu menjadi individu berpengaruh bagi memastikan masyarakat turut sama menderma darah,” ujarnya semasa merasmikan Program Derma Darah kalangan Pembantu dan Penolong Pegawai Perubatan.

Program tersebut dijalankan sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat negeri bertempat di ruang legar Auditorium Menara Berkembar Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Selasa.

Sebahagian kalangan Penolong Pegawai Perubatan hospital yang terlibat menderma darah dan menjayakan program.

Sebahagian kalangan Penolong Pegawai Perubatan hospital yang terlibat menderma darah dan menjayakan program.

Mengulas lanjut katanya, orang ramai dan masyarakat perlu didedahkan bahawa negeri ini sentiasa memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah.

“Sehubungan itu, Pembantu Perubatan mahupun Penolong Pegawai Perubatan perlu bergerak secara strategik menjana kempen kesihatan termasuklah usaha menggalakkan masyarakat menderma darah secara ikhlas dan suka rela.

Dr. Christinan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota Pembantu Perubatan yang terlibat pada program derma darah.

Dr. Christinan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota Pembantu Perubatan yang terlibat pada program derma darah.

“Tahniah dan terima kasih kepada anggota yang terlibat menderma darah, penderma darah adalah insan yang mulia dan saya berharap program seumpama ini akan terus dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.

“Apabila anda menderma darah, anda seakan menyelamatkan tiga nyawa, penerima darah mungkin tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada anda, tetapi anda tetap menjadi hero dan wira, “ujar Christina.

Dr. Christina ketika menerima cenderahati daripada Haji Abu Kasin (tiga dari kiri) sejurus merasmikan Program Derma Darah Pembantu Perubatan Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan menjelang 10 Mac akan datang.

Terdahulu pengerusi penganjur program, Abu Kasin Jidin berkata, Program Derma Darah di kalangan pembantu dan Penolong Pegawai Perubatan yang dianjurkan merupakan program yang dilancarkan secara serentak di seluruh negara.

Tambahnya, Program derma darah yang dianjurkan merupakan sebahagian daripada pelbagai aktiviti terancang sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan yang akan disambut 10 Mac setiap tahun.

Melalui program ini, sasaran penderma darah di kalangan Penolong Pegawai Perubatan di seluruh negara dianggarkan lebih 1,000 anggota dengan sasaran 1,000 pint darah diperolehi.

Bagi negeri Sabah, seramai 191 orang anggota telah dikenal pasti terlibat menderma darah termasuklah 36 anggota Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth.

Haji Abu Kasin yang juga Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Sabah berkata, selain Hospital Queen Elizabeth turut sama mengambil bahagian dalam program derma darah serentak adalah Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Tawau, Hospital Keningau, Hospital Kota Marudu, Hospital Beaufort dan Hospital Tuaran.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Sabah, David Samudin; Ketua Unit Penolong Pegawai Perubatan HQE, Dixon Kinson @ Benedict serta pegawai-pegawai kanan hospital.

EM

Tinggalkan komen anda