Skip to main content
HomeLabuan

Wakil Tunggal Labuan Raih Gangsa Pada Karate Senior Makaf Terbuka Kebangsaan ke-39

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Wakil tunggal Labuan, Syarulniza Abdul Jamil berjaya meraih pingat Gangsa pada Kejohanan Karate Senior Makaf Terbuka Kebangsaan ke-39, 2019 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mac 2019 di Stadium MPSJ Serdang Jaya, Selangor.

Syarulniza yang bertanding dalam kategori Kumite-55kg tewas kepada Juara bagi kategori ini iaitu Shahmalarani Chandran (Selangor) di peringkat separuh akhir.

Menurut Ketua Jurulatih Karate Labuan, Aswadee Taba, kejohanan itu merupakan salah satu program persediaan yang dirancang dalam pelan periodisasi bagi menghadapi Pemilihan Sukma yang bakal diadakan tidak lama lagi sekali gus persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor.

“Untuk kali ini, peserta menampung sendiri kos perbelanjaan tanpa sebarang bantuan, oleh sebab itu atlet-atlet karate Labuan yang berpotensi selain daripada Syarulniza tidak dapat mengikuti kejohanan ini.

[24/03, 16:21] MA Labuan Azad: Aswadee (kiri) dan Syarulniza bergambar kenangan pada Kejohanan Karate Senior Makaf Terbuka Kebangsaan ke-39 [24/03, 16:22] MA Labuan Azad: Syarulniza (tiga dari kanan) bergambar kenangan pada acara penyampaian pingat

Syarulniza (tiga dari kanan) bergambar kenangan pada acara penyampaian pingat

“Oleh kerana kekurangan bantuan dan dana buat masa ini, pihak persatuan tidak menyasarkan sebarang pingat mahu pun penyertaan pada Sukma akan datang.

“Meskipun begitu, kami akan terus berusaha dan komited bagi memastikan Pembangunan Sukan Karate di Labuan akan terus berkembang seterusnya memperolehi kejayaan dalam dan luar negara,” katanya yang ditemui media semalam.

Aswadee turut berterima kasih kepada Presiden Persatuan Karate Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Ismifarizal Mohamed Isyak kerana banyak membantu atlet serta pembangunan sukan karate selama ini.

“Diharap akan ada badan-badan korporat mahupun Swasta yang sudi membantu bagi meringankan beban Persatuan sekaligus memastikan pembangunan sukan Karate di Labuan lebih berjaya dimasa akan datang,” tambahnya.

EM

Tinggalkan komen anda