Skip to main content
HomeJohor

Wartawan Bertanggungjawab Lapor Berita Secara Adil Dan Saksama

By 6 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/Foto: Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kewartawanan di era Malaysia Baharu bukan hanya menjurus kepada soal isu semasa, tetapi juga soal pembangunan, mengukuhkan permuafakatan dan merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan mengharmonikan hubungan antara kerajaan dan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam ucapannya berkata, kerajaan pada hari ini merupakan kerajaan yang dibentuk selepas rakyat Johor dan Malaysia memilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan mengharapkan agar para wartawan dapat memainkan peranan masing-masing dengan melaporkan sesuatu berita secara adil dan saksama.

“Sebagai warga media, seharusnya menginsafi hala tuju dan dasar pembangunan negara baharu kini, yang memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak untuk memastikan rakyat dapat bersama-sama melakar kejayaan, berkongsi kehidupan dan saling memakmurkan,” tambahnya.

Para wartawan harus memainkan peranan masing-masing dengan melaporkan sesuatu berita secara adil dan saksama. – Osman Sapian

Para wartawan harus memainkan peranan masing-masing dengan melaporkan sesuatu berita secara adil dan saksama. – Osman Sapian

“Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa bertanggungjawab dan memikirkan kesannya kepada masyarakat setiap kali kita menulis berita, artikel atau memaparkan apa jua visual kepada rakyat,” jelasnya  lagi ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Media Johor 2018, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, semalam.

“Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program anugerah yang penuh bermakna ini, khususnya kepada Jabatan Penerangan selaku sekretariat sejak anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2010,” ujar beliau.

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kayat, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh ’Umar Bagharib Ali dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri, Sheikh ’Umar Bagharib Ali pula berkata, Anugerah Media Johor yang diadakan ini adalah bagi meraikan dan mengiktiraf rakan media yang banyak berjasa kepada kerajaan negeri Johor dengan laporan berita yang cukup padat, bernas dan berintipati.

“Pada pengamatan saya, media merupakan pihak yang juga bekerja keras seiring dengan kerajaan negeri dalam menyampaikan mesej dan agenda kepada rakyat.

Anugerah Media Johor telah diadakan sejak tahun 2010 yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Media Johor dan Kerajaan Negeri Johor.

Anugerah Media Johor telah diadakan sejak tahun 2010 yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Media Johor dan Kerajaan Negeri Johor.

“Oleh itu, menjadi peranan semua pihak terutama pengamal media yang mempunyai capaian yang lebih tepat untuk merealisasikan pembangunan bangsa yang terdidik menerusi laporan berita yang adil dan informatif,” katanya.

Anugerah Media Johor telah diadakan sejak tahun 2010 yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Media Johor dan Kerajaan Negeri Johor.

Sebanyak 34 kategori telah dipertandingkan dengan bilangan penyertaan sebanyak 232 melibatkan penerbitan berita Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil serta penyertaan daripada pelbagai bentuk media termasuklah televisyen, radio dan foto.

Pada tahun ini, setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

EM

Tinggalkan komen anda