Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

BriSK Tingkat Semangat Sukarelawan Pelajar

By 26 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Robin Junang / Siti Fairuz (Sarawak)

JULAU, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Program Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) merupakan salah satu daripada aktiviti untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti.

Seramai 112 pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Negeri Sarawak telah  menyertai program yang diadakan di SMK Julau di sini semalam. Ia merupakan satu kaedah untuk menyemai semangat kesukarelawanan dan merapatkan hubungan silatulrahiam dalam kalangan pelajar dan juga dengan anggota masyarakat.

Gambar kenangan tetamu kehormat bersama Briged Sukarelawan Kolej Komuniti

Gambar kenangan tetamu kehormat bersama Briged Sukarelawan Kolej Komuniti

Briged Sukarelawan Kolej Komuniti tahun ini terdiri daripada pensyarah dan pelajar daripada Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Betong, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong dan Kolej Komuniti Miri berkampung selama sehari di SMK Julau bagi menjayakan program tersebut.

Menurut Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Tuan Haji Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman, program ini mampu meningkatkan semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti di negeri ini.

Briged Sukarelawan sedang melaksanakan kerja simen ferro

Briged Sukarelawan sedang melaksanakan kerja simen ferro

Beliau yang diwakili oleh Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Puan Rosilawati Mohd Rasol selaku Pengerusi BriSK Negeri Sarawak telah menyampaikan ucapan semasa majlis penutupan program.

Menurut beliau, “komitmen pelajar dan pensyarah dalam menjayakan program tersebut memberi gambaran bahawa misi BriSK  untuk menggalak, mendidik, dan membimbing pelajar ke arah sukarelawan  bagi mempromosikan keamanan serta membentuk semangat saling membantu melalui khidmat komuniti berjaya dijalankan”.

Gambar aktiviti Human Scrabble bersama pelajar SMK Julau

Gambar aktiviti Human Scrabble bersama pelajar SMK Julau

Di majlis tersebut, beliau turut menyeru agar program seumpama itu diperbanyakkan bagi menyahut hasrat dan matlamat untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai hub sukarelawan dalam kalangan warga Kolej Komuniti di peringkat global.

Program BriSK @ School pada kali ini mensasarkan aktiviti kesukarelawanan berasaskan “knowledge sharing” atau “knowledge transfer”  kepada komuniti setempat. Program ini juga merupakan platform untuk mempromosikan dan menonjolkan Kolej Komuniti kepada masyarakat setempat.

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah membuat mural, kursus memasak bun, kursus Microsoft Excel, kerja landskap, simen ferro, pendawaian elektrik dan pembersihan sekitar kawasan sekolah.

Brisk @ School dilaksanakan untuk membantu komuniti yang memerlukan khidmat sukarelawan dan menjadikan warga kolej komuniti sebahagian daripada masyarakat penyayang, prihatin dan peka terhadap persekitaran.

Ia juga bertujuan bagi meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej komuniti melalui pengalaman serta menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas secara sukarela.

Tinggalkan komen anda