Skip to main content
HomeJohor

Ramadhan Menguji Kesabaran Ke Arah Memantapkan Keimanan

By 26 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Yusof Abd samad/ihsan Facebook Muhyiddin Yasin (Tangkak)

TANGKAK, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50, Johor Corporation bersama DUN Bukit Gambir telah mengadakan Program Ambang Ramadhan di Masjid Jamek Bukit Gambir malam tadi.

Program ini diadakan bagi mendekati umat islam di kawasan tersebut sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Program turut disulami dengan tahlil dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengimarahkan lagi majlis.

Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal (hadapan, tiga dari kiri) bersama tetamu semasa majlis berlangsung

Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal (hadapan, tiga dari kiri) bersama tetamu semasa majlis berlangsung

Langkah ini diambil pihak Johor Corporation bertujuan melakukan persiapan awal menghadapi bulan mulia malah menghayatinya demi memantapkan keimanan.

Program dihadiri hampir 700 orang terdiri dari ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat, para pelajar, Badan Bukan Kerajaan dan masyarakat setempat.

Semasa tahlil dan bacaan Yassin sempena Sambutan Ambang Ramadhan di Masjid Jamek Bukit Gambir malam tadi

Semasa tahlil dan bacaan Yassin sempena Sambutan Ambang Ramadhan di Masjid Jamek Bukit Gambir malam tadi

Kehadiran Menteri Besar Johor, Shahrudin Jamal dan Adun Gambir, Muhyiddin Yassin mendekatkan lagi pemimpin bersama masyarakat tempatan.

Radzi Md.din, 55, sempat ditemui menyatakan bahawa ini adalah pendekatan terbaik para pemimpin bertemu dengan masyarakat terutama menjelang ramadhan tidak lama lagi dan ini adalah landasan yang terbaik agar dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Orang ramai turut hadir

Orang ramai turut hadir

Sementara itu, Shamsul Kamaruddin, 57, ketika ditemui menyatakan bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk umat Islam meningkatkan ibadah serta menghayatinya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Penceramah undangan, ustaz Badli Syah turut mengingatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan dalam bulan ramadhan sewajarnya diamalkan malah dijadikan panduan terbaik bukan sahaja di bulan ramadhan malah dalam bulan yang lain.

Adun Gambir, Muhyiddin Yasin dalam ucapannya menyeru umat Islam agar mempertingkatkan perpaduan di negara ini supaya keharmonian dapat dinikmati dalam kehidupan seharian.

Pelajar Tahfiz yang hadir mengambil kesempatan bersalaman bersama Adun Bukit Gambir, Muhyiddin Yasin selesai sahaja majlis

Pelajar Tahfiz yang hadir mengambil kesempatan bersalaman bersama Adun Bukit Gambir, Muhyiddin Yasin selesai sahaja majlis

“Umat Islam sewajarnya menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang agama malah bidang-bidang lain yang mampu meningkatkan taraf hidup dan membela nasib keluarga,” ujar Muyiddin.

Turut hadir Ahli Parlimen Ledang, Pegawai Daerah Tangkak dan Pegawai-Pegawai syarak Daerah Tangkak.

EM

Tinggalkan komen anda