Skip to main content
HomeJohor

Gegaran Deruman Enjin Motosikal Bakal Mengegarkan Desaru

By 10 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: M.Shah Hood/Mohamad Niazi Ismail/Najib Mohaini (Johor Bahru)

KOTA TINGGI, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Sidang media bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersempena majlis pengumuman Desaru International Bike Week (DIBW) 2019 diadakan di Desaru Coast Conference Centre, Desaru, Kota Tinggi semalam.

Penganjuran program ini bakal mengegarkan sepanjang 25 kilometer Pantai Desaru (Desaru Beach) dari 13 hingga 19 September akan datang.

Bertemakan “The Real Brotherhood”, acara motorsikal terbesar ini dijangka akan menarik lebih 50,000 peminat motosikal tempatan dan antarabangsa dari pelbagai jenis motosikal berkuasa besar (big bike) serta kecil yang akan berkumpul secara besar-besaran di selatan tanah air Johor Darul Ta’zim bagi menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari itu.

Tunku Ismail bersalaman dengan tetamu yang hadir ke sesi sidang media

Tunku Ismail bersalaman dengan tetamu yang hadir ke sesi sidang media

Terdapat pelbagai kumpulan peminat motorsikal dari pelbagai latar belakang berbeza serta banyak aktiviti dan program-program seperti festival ‘Bike Week’ dianjurkan pada setiap tahun.

Oleh yang demikian dengan bertemakan memperkukuhkan semangat ikatan persaudaraan antara pelbagai kumpulan dan peminat motosikal, satu festival Desaru International Bike Week akan diadakan di Desaru.

DIBW 2019 juga bertujuan mempromosikan Malaysia secara amnya dan negeri Johor khususnya di peringkat antarabangsa.

Sesi soal jawab Tunku Ismail bersama media

Sesi soal jawab Tunku Ismail bersama media

Jawatankuasa DIBW 2019 dengan kerjasama kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim buat julung kalinya akan menganjurkan 1st Desaru International Bike Week (DIBW) 2019 dan Tunku Ismail adalah penaung diraja bagi program DIBW 2019 ini.

Tunku Ismail bertitah program seperti ini akan diadakan pada setiap dua tahun sekali agar agensi kerajaan serta semua pihak mempunyai masa yang sebaiknya dalam penganjuran seperti ini pada masa akan datang.

“Program DIBW 2019 yang akan berlangsung pada bulan September ini akan mendapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai dan mereka dapat bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang disusun sepanjang program tersebut dijalankan.”

Antara jemputan luar negara dan media di majlis pengumuman DIBW 2019

Antara jemputan luar negara dan media di majlis pengumuman DIBW 2019

Antara tarikan acara yang akan berlangsung termasuklah pameran motosikal koleksi peribadi Tunku Ismail, pameran motosikal syarikat antarabangsa dan tempatan, perlumbaan motosikal pantai (Beach Drag Race), Malam Penghargaan Anugerah Motosikal Malaysia,  pertemuan kelab-kelab motosikal, pertandingan golf, konsert dan pertunjukan kebudayaan.

Mengiringi Tunku Ismail pada sidang media itu, penunggang motosikal berkuasa tinggi dari beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Kuwait dan Malaysia Timur.

EM

Tinggalkan komen anda