Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang DUN Sarawak Penggal Keempat

By 29 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 29 Apr (Malaysiaaktif)  – Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-18 yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di  Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS) berjalan lancar pagi tadi.

Terdahulu, Abdul Taib menghadiri Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat oleh Batalion 11,  Pasukan Gerakan Am Batu Kawa Kuching, terdiri daripada 2 Pegawai Kanan dan 105 anggota diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris-DSP Azizan Mohamad Jon, Penolong Pegawai Pemerintah Baris, ASP Mohamad Azlan Abu Bakar dan Pancaragam PDRM yang diketuai oleh ASP Hamka Sulaiman.

Abdul Taib menghadiri Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat oleh Batalion 11,  Pasukan Gerakan Am Batu Kawa Kuching

Abdul Taib menghadiri Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat oleh Batalion 11, Pasukan Gerakan Am Batu Kawa Kuching

Panji-Panji Batalion ke-11  juga diarak masuk menyertai kawalan kehormatan yang diketuai oleh pembawa Panji Inspektor Micheal anak Kilap.

Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat  Persidangan DUN Ke-18 yang berlangsung mulai hari ini akan berakhir pada 9 Mei 2019 bersamaan 23 Syaaban hingga 4 Ramadhan 1440H.

KETIBAAN- Ketibaan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di  Dewan Undangan Negeri disambut dan diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang

Turut hadir Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib,Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang,Timbalan-Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri-Menteri Muda serta Isteri/Suami masing-masing.

Tinggalkan komen anda