Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Sekolah Henry Gurney Dapat Pengikitirafan BESS

By 29 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Fandy Azam/Sharifah Ithnin (Melaka Tengah)  

MELAKA, 29 Apr (Malaysiaaktif)  – Sekolah Henry Gurney, Melaka mendapat pengiktirafan premis makanan terbaik bagi peringkat institut atau sekolaj dalam Majlis Penyampaian Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat ( BESS) Peringkat Daerah Melaka Tengah bertempat di Mahkota Parade di sini, baru-baru ini.

Low Chee Leon (kiri) membuat tinjauan ke premis-premis jualan makanan untuk melihat sendiri tahap kebersihannya.

Low Chee Leon (kiri) membuat tinjauan ke premis-premis jualan makanan untuk melihat sendiri tahap kebersihannya.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka, Low Chee Leong, majlis ini julung kali diadakan di Negeri Melaka yang melibatkan kerjasama antara perkhidmatan kerajaan dan swasta bagi mempromosikan penyediaan makanan secara bersih, sihat dan selamat kepada orang ramai.

“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan tahap keselamatan makanan berada dalam tahap terbaik dan secara tidak langsung dapat mewujudkan platform bagi mempromosikan restoran makanan bersih bagi Tahun Melawat Melaka 2019,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Food Court Mahkota Parade, Mohd Zahiruddin Ahmad berkata pengiktirafan BESS ini amatlah menitikberatkan dari segi premis yang bersih dan selamat serta penyediaan makanan dalam saiz hidangan yang betul mengikut keperluan individu.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memberikan sokongan dalam memastikan objektif utama penganjuran majlis ini selaras dengan tema ‘Melaka Gerbang Makanan Selamat’, ujarnya.

Turut diadakan sesi Ikrar Aku Janji bersama wakil premis makanan yang telah mencapai piawaian makanan sihat.

 

-KN

Tinggalkan komen anda