Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

JBPM Tunai Hasrat Ibu Tunggal Miliki Rumah Baharu

By 23 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah (Barat Daya)

BALIK PULAU : 23 Apr (Malaysiaaktif) – Seorang ibu tunggal tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah baharu yang dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik akhirnya tercapai hari ini.

Zarina Yusof 45, yang tidak bekerja adalah penerima bantuan rumah Projek Sejahtera di bawah Program Sayangi Rakyat anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang pada tahun ini.

Saadon, ketika menyampaikan ucapan beliau

Saadon, ketika menyampaikan ucapan beliau

Saadon Mokhtar, Pengarah JBPM Pulau Pinang dalam ucapan pada majlis pencerahan kunci Projek Rumah Sejahtera pagi tadi berkata, Projek yang beralamat di Lot 413, Mukim E Titi Teras ini yang lengkap dengan bekalan air serta elektrik mengambil masa kira-kira lima bulan untuk disiapkan.

Tambah beliau lagi,  konsep pelaksanaan kerja untuk menyiapkan rumah yang berkeluasan 560 kaki persegi ini adalah secara gotong royong dimana 5 orang anggota bomba terlibat sepenuhnya dalam pembinaan rumah ini. Projek rumah sejahtera ini adalah tanggungjawab sosial (JBPM) bagi menzahirkan saranan kerajaan membantu golongan sasar seperti penduduk miskin.

Antara tetamu yang hadir sekitar Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Sejahtera

Antara tetamu yang hadir sekitar Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Sejahtera

Zarina mengucapkan shukur dan berterima kasih kepada JBPM kerana membantu beliau mendapatkan rumah baharu.”Rumah ini akan menjadi tempat berkumpul mereka sekeluarga menjelang bulan puasa dan sambutan hari raya nanti”.

Ahli Dewan Negeri Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail hadir menyampaikan replika kunci  pada majlis penyerahan kunci  Projek Rumah Sejahtera tersebut.

-ER

Tinggalkan komen anda