Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Inovasi Terhasil Melalui Imaginasi Membaca

By 23 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak terutamanya yang tinggal di luar bandar bukanlah suatu perkara mudah.

Ketiadaan fasiliti perpustakaan awam yang berdekatan dengan kawasan ini dan ketiadaan capaian internet percuma juga telah mewujudkan jurang untuk anak-anak ini menambahkan ilmu pengetahuan melalui kaedah pembacaan.

Sedar akan hal ini, Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi merangkap ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan isteri, Professor Naomie Salim telah mewujudkan perpustakaan komuniti untuk kegunaan kanak-kanak luar bandar di sekitar DUN Parit Yaani menimba ilmu pengetahuan sejak dua tahun yang lalu.

Aminolhuda Bergambar Bersama Penyumbang Karnival Keluarga Al Huda Toy Library

Aminolhuda Bergambar Bersama Penyumbang Karnival Keluarga Al Huda Toy Library

“Perpustakaan ini dibina atas konsep membantu anak-anak luar bandar melihat buku-buku dan menggunakan internet bagi menambah minat membaca serta menambahkan ilmu pengetahuan dan ilmu efektif,” katanya semasa ucapan perasmian di Karnival Keluarga Al Huda Toy Library baru-baru ini.

“Perpustakaan ini turut menyediakan permainan untuk anak-anak di bawah usia tujuh tahun agar dapat bermain sambil menanam minat membaca dan berfikir secara kreatif.

“Daya kreatif yang tinggi, inovasi dan perkara baru terhasil dari imaginasi anak muda untuk masa depan mereka.

Penampilan Khas 3 Adiwira Menghiburkan Kanak-Kanak Pada Program Ini

Penampilan Khas 3 Adiwira Menghiburkan Kanak-Kanak Pada Program Ini

“Inovasi ini hasil dari imaginasi golongan cerdik pandai menghasilkan sesuatu teknologi yang baru, bukan saja mendatangkan pendapatan kepada individu tetapi juga pendapatan negara,” tambahnya lagi.

Sumbangan turut disampaikan sebanyak RM100 sebulan kepada 129 orang anak yatim, sumbangan Rice4U yang merupakan barangan keperluan makanan kepada 250 keluarga asnaf dari Zon Parit Yaani, Zon Tongkang Pechah dan Zon Broleh serta penyampaian Kad Takaful Warga Emas Negeri Johor dan Kad Sihat Negeri Johor kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Parit Yaani.

Ilman Sukayat, 54, berkata dia merupakan guru dari Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor menjadi sukarelawan pengajar untuk kelas pengajian Al-Quran di perpustakaan Al Huda Toy Library.

Zarina Sabran, 41

Zarina Sabran, 41

“Selain memberi peluang kepada anak-anak untuk mengembangkan dan memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, kita dapat menghidupkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan MPKK Dun Pt Yaani dan merapatkan ukhuwah melalui pertemuan Muzakirin bulanan,” katanya.

Sementara itu, Zarina Sabyan, 41, berkata dia merupakan guru pendidikan jawi di Sekolah Agama Sri Pasir Puteh secara sukarela menjadi pengajar anak-anak dalam penulisan jawi dan pembacaan jawi untuk kanak-kanak 5 hingga 7 tahun.

“Saya berharap kerajaan dapat memperbanyakkan kempen penulisan jawi secara berterusan agar dapat menarik minat anak-anak terhadap tulisan ini sekaligus dapat menghasilkan penulis jawi yang mahir dan fasih Al-Quran,” katanya.

Ilman Sukayat, 54

Ilman Sukayat, 54

Manakala bagi Ketua Kampung Pinggir Sri Wangi, Shamsir Mohd Salleh, 57, beliau berasa bersyukur kerana diberi bantuan Kad Sihat Negeri Johor.

“Saya turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu warga emas dan golongan yang memerlukan kemudahan kesihatan kerana kad ini dapat digunakan oleh seisi keluarga.

“Bantuan ini menunjukkan kerajaan sedia ada peduli akan nasib rakyat dan berharap agar kerajaan akan terus prihatin dalam membantu meringankan beban rakyat.

Shamsir Mohd Salleh, 57

Shamsir Mohd Salleh, 57

“Saya juga berharap agar bantuan serta program seperti ini dapat diteruskan untuk rakyat pada masa akan datang agar rakyat dapat menilai usaha-usaha kerajaan pada hari ini sekaligus dapat merapatkan hubungan rakyat dengan kerajaan,” ujarnya lagi.

Turut hadir pada program tersebut, ADUN Penggaram merangkap Timbalan Speaker Negeri Johor, Gan Peck Cheng, ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo dan Penghulu Mukim 6 Linau, Mohd Azri Tresno.

EM

Tinggalkan komen anda