Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Ribut ‘Belalai Gajah’ Musnahkan 14 Buah Rumah

By 28 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
 Laporan/foto: Zurina Saad/Othman Ariff (Yan)

YAN, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Kejadian ribut yang dikenali sebagai ribut ‘belalai gajah’ telah memusnahkan 14 buah rumah di Daerah Yan pada kejadian malam kelmarin yang melibatkan Kampung Permatang Chengal dan Kampung Kuala Raga.

Pegawai Pertahanan Daerah Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata seramai 30 orang mangsa dari enam buah keluarga kini di tempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Dato’ Madi, bagi memudahkan urusan bantuan segera disalurkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, Azizah Saad, 54, mengatakan pada ketika itu dirinya serta ahli keluarga sedang tidur tetapi dikejutkan dengan bunyi yang kuat sehingga menerbangkan bumbung rumahnya.

“Angin kencang disusuli hujan telah memusnahkan keseluruhan bumbung rumah, mujur kami semua selamat,” katanya yang redha dengan apa yang berlaku.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun terdapat dua orang mangsa cedera ringan telah mendapat rawatan segera di Hospital Yan.

-SH

Tinggalkan komen anda