Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kehadiran Ketua Menteri Ke Pusat Media DUN Menceriakan Suasana

By 19 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/ Vicky S. Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Setiap kali bermulanya Mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri, akan berhimpunlah petugas media, sama ada media cetak mahupun elektronik, bagi mendengar perbahasan yang akan dibentangkan oleh para menteri dan wakil-wakil rakyat.

Mesyuarat yang berlangsung sekurang-kurangnya tiga kali setahun itu pastinya mendapat tumpuan mereka yang sentiasa bersedia seawal pagi dan ada ketikanya hingga ke malam, semata-mata mendapatkan bahan yang menarik, untuk dilaporkan buat bacaan umum.

Berhimpun di ruangan yang terhad, di Pusat Media yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Sabah dan Pejabat Dewan Undangan Negeri ini tidak rasa menyesakkan, malah hubungan rapat yang sedia terjalin antara pengamal media membuatkan mereka selesa untuk berkongsi apa jua maklumat yang diperoleh.

Shafie melihat proses-proses ucapan persidangan yang di olah sebagai berita untuk tatapan pembaca.

Shafie melihat proses-proses ucapan persidangan yang diolah sebagai berita untuk tatapan pembaca.

Sesekali apabila dijalankan sidang media dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun menteri, mereka bergegas berkumpul di ruang yang disediakan agar tidak terlepas mencatat maklumat-maklumat penting.

Dengan pelbagai latar belakang agensi, ada antara pengamal media yang beranggapan bahawa kesempatan bertugas di Pusat Media Dewan Undangan Negeri ini merupakan suatu tempat untuk mereka berkumpul, bertanya khabar, berkongsi maklumat dan pengalaman selain membentuk semangat kekeluargaan dalam media.

Namun, keletihan membuat liputan selama empat hari ini jelas terubat apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal berkenan turun ke aras tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk beramah mesra bersama-sama mereka.

Adam menggunakan aplikasi sosial media sebagai medium menyampaikan maklumat.

Adam menggunakan aplikasi media sosial sebagai medium menyampaikan maklumat.

Kehadiran Shafie jelas menceriakan suasana Pusat Media apatah lagi beliau turut sudi menjawab beberapa soalan daripada pengamal media.

Menurut Jurufoto portal Sabah News Today, Mohd Adam Arinin, walaupun dalam kesibukan tugas mentadbir negeri, kesudian Ketua Menteri turun menjenguk para wartawan yang membuat liputan membawa keceriaan kepada semua.

“Kehadiran Datuk Seri yang bertanyakan khabar, selain melihat sendiri proses pengumpulan data dilakukan dan sempat berjenaka bersama kami menceriakan keadaan dan terasa segala tugasan selama persidangan ini tidak membebankan.

Irwan tekun mendengar pengulungan perbahasan daripada para menteri melalui saluran dalaman TV DUN

Irwan tekun mendengar pengulungan perbahasan daripada para menteri melalui saluran dalaman TV DUN

“Selama hampir enam tahun bertugas sebagai pengamal media, inilah kali pertama saya membuat liputan hingga ke hari terakhir persidangan DUN dan kehadiran Ketua Menteri pada hari ini amat bermakna bagi saya,” ujar Mohd Adam.

Manakala bagi jurufoto portal Malaysian Insight, Irwan Majid, kehadiran Ketua Menteri pada hari ini amat baik kerana ia memperlihatkan adanya hubungan yang baik antara beliau dan pengamal media selain menampakkan keperibadian Shafie yang merendah diri.

Katanya, hubungan yang baik antara media dan orang kenamaan perlu sentiasa dijaga supaya laporan aktiviti mereka dapat dibuat dengan lancar untuk disampaikan kepada masyarakat.

Shafie bersama petugas Media Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Shafie bersama petugas Media Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Mengulas mengenai persiapan beliau sebelum ke DUN, selain kelengkapan kamera etika pemakaian turut diambil berat ketika berada di DUN supaya sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Jelas Irwan, setiapkali DUN bersidang, pihak Jabatan Penerangan akan mengeluarkan notis peringatan kepada semua editor dan pengamal media melaui fax dan media sosial agar pemakaian yang betul dapat dipatuhi oleh semua pengamal media yang membuat liputan di sini.

“Mengenakan pakaian mengikut protokol dengan perlu bertali leher dan Lounge Suit memang agak melecehkan bagi saya yang gemar bertugas di luar lapangan.

Shafie (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media.

Shafie (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media.

“Ini kerana kerjaya sebagai jurufoto yang perlu sentiasa bergerak bagi mendapatkan detik penting dengan sudut yang betul, akan tidak begitu selesa dengan pakaian tersebut.

“Akan tetapi sebagai pengamal media inilah protokol yang perlu kami patuhi, kami perlu sentiasa kemas mengikut keadaan dan bagi menghormati majlis yang dihadiri, begitulah asam garam dan kemanisan sebagai pengamal media,“ ujarnya.

Untuk rekod, Pusat Media DUN pada kali ini turut menerima kunjungan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedick; ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah; ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai yang juga mantan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) serta Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka.

EM

Tinggalkan komen anda