Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

TM Pamer Kehebatan, Aspirasi Digital Malaysia

By 19 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norlydiana Ishak/Rosdin Sabni (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Pameran 5G pertama di Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Perbadanan Putrajaya, semalam.

Sebanyak 11 pempamer mengambil bahagian dalam Pameran 5G Malaysia yang akan berlangsung bermula 18-21 April 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pelbagai aplikasi untuk industri berbeza termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, perladangan dan perkilangan pintar.

Telekom Malaysia (TM) merupakan salah satu peserta yang membuka reruai di pameran 5G ini dan TM menyediakan stesen pengkalan 5G mereka yang berfungsi, membuat penghantaran data berkelajuan gigabit.

Petugas pameran TM sedang menunjukkan robot AI Pepper (kiri) dan Sanbot (kanan) yang boleh bergerak dan beraksi mengikut arahan suara.

Petugas pameran TM sedang menunjukkan robot AI Pepper (kiri) dan Sanbot (kanan) yang boleh bergerak dan beraksi mengikut arahan suara.

Stesen pengkalan yang terletak di reruai pameran 5G ini dapat membawakan kelajuan melebihi 5Gbps dan unit NSA ini beroperasi pada band mmWave 28GHz.

TM mempamerkan pelbagai produk baharu yang menggunakan teknologi 5G. Antaranya seperti Rumah Pintar dan Perjalanan Pintar. TM juga melalui bahagian TM Research and development, menampilkan Helmet Pintar ciptaan mereka.

Helmet keselamatan pintar ini dilengkapi beberapa sensor dan kamera video yang membenarkan pemantauan wayarles dan masa nyata, untuk situasi seperti pengesan kemalangan dan penilaian impak. Ia juga boleh digunakan untuk mengesan keganasan dan latihan jarak jauh serta pemantauan kecemasan yang boleh digunakan untuk membuat analisis bagi mencipta ruang kerja yang lebih selamat.  Helmet pintar ini sedia digunakan untuk pelbagai industri seperti minyak & gas, pembinaan, penghasilan dan banyak lagi.

Turut menjadi perhatian para pengunjung di reruai TM ialah keletah dua buah robot, AI Pepper dan Sanbot yang boleh bergerak dan beraksi mengikut arahan suara.

EM

Tinggalkan komen anda