Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Zakat Fitrah Pahang kekal 7 Ringgit; 9.9 Juta Bantuan Bakal Diagih

By 25 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto : Pai Syahira Yahya (Pahang)

PEKAN 25 Apr (Malaysiaaktif) – Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 2019 bersamaan  1440 hijriyyah  adalah kekal RM7 seperti tahun lalu setelah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman kadar berkenaan diumumkan oleh Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam sidang media yang berlangsung di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.

Sidang media berlangsung di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Sidang media berlangsung di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Sementara itu, lebih RM 9.9 juta bantuan diagihakan sempena Ramadhan dan Syawal bakal tiba di mana sejumlah RM3,345,000 diperuntukkan bagi pengimarahan masjid kepada 641 buah masjid di sekitar Pahang.

Sejumlah RM6,574,400 sebagai persediaan menyambut Aidilfitri diberikan kepada 21,703 orang asnaf fakir miskin bernilai RM4,532,400 dan RM2,042,000 pula kepada 11,730 asnaf muallaf.

Manakala seramai 954 orang Amil Zakat Fitrah telah ditauliahkan bagi melancarkan urusan kutipan fitrah.

Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang  mengumumkan kadar zakat fitrah serta bantuan sempena Ramadhan dan Syawal tahun ini

Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengumumkan kadar zakat fitrah serta bantuan sempena Ramadhan dan Syawal tahun iniq

“Umat Islam di negeri ini dinasihatkan membayarnya hanya kepada amil yang ditauliahkan.” katanya.

Berikutan itu, keengganan mana-mana pihak melaksanakan zakat fitrah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

“Manakala sesiapa yang didapati memungut fitrah tanpa diberi kuasa atau dilantik oleh pihak MUIP adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.”

Pihak MUIP juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian sebagai pilihan kepada umat Islam di laman sesawang rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Hadir sama Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang, Datuk Ahmad Hairi Hussain, dan Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Datuk Halidan Md Daud.

Tinggalkan komen anda