
Laporan/foto: S.Shalene/Azimee (Barat Daya)
BAYAN BARU, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Program Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan baru-baru ini,di SMK Sungai Ara Pulau Pinang.
Lebih kurang 500 orang telah hadir ke program ini. Majlis disempurnakan oleh Dato’Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri,Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Batu Maung,Turut hadir bersama tuan Naim Fahmi Bin Ahmad Tajuddin Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang, puan Hajah Shakinah Binti Mohd Pengetua SMK Sungai Ara.
Para peserta terdiri daripada 5 buah daerah iaitu Kumpulan Spektrum Mutiara dari Daerah Barat Daya, Kumpulan Sireh daripada Daerah Seberang Perai Tengah, Persatuan Sekenet daripada Daerah Timur Laut ,Kumpulan NIA daripada Daerah Seberang Perai Selatan dan Kumpulan Opera Jentayu mewakili daerah seberang Perai utara.
Johan pertandingan pengisahan dimenangi oleh Kumpulan Spektrum Mutiara daripada Daerah Barat Daya dengan mengangkat kisah perjuangan “Rosli dhoby” telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000 ,trofi dan siji penyertaan. Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Sireh daripada Daerah Seberang Perai Tengah dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2100,trofi dan sijil penyertaan.Tempat ketiga dimenangi oleh Persatuan Sekenet daripada Daerah Timur Laut dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1500 ,trofi dan sijil penyertaan.
Penerima hadiah saguhati Kumpulan NIA daripada Daerah Seberang Perai Selatan dan akhir sekali Kumpulan Opera Jentayu daripada Seberang Perai Utara masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak rm900,trofi dan sijil penyertaan. Johan pengisahan akan mewakili negeri P.Pinang ke peringkat kebangsaan di negeri Terengganu.
Pertandingan pengisahan Kenegaraan menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa – peristiwa bersejarah dan juga tokoh – tokoh di negara ini.
Program seperti dapat memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh negara semasa berjuang menentang penjajah dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.