Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Menghayati Al-Quran Membina Akhlak dan Keperibadian

By 24 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Hampir 400 peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, telah hadir Seminar Al-Quran Sempena Sambutan Bulan-bulan Al-Quran 1440H/2019M.

Program yang berlangsung di Dewan Besar UITM Permatang Pauh Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Dato Ir.Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan Exco Agama.

Beliau di dalam ucapannya berkata penganjuran ini adalah bagi memartabatkan Al-Quran sebagai sumber ilmu turath dan moden.

Timbalan Ketua Menteri 1 dan tetamu kehormat yang hadir

Timbalan Ketua Menteri 1 dan tetamu kehormat yang hadir

Selain itu seminar ini juga bagi mengemukakan metode penghayatan dan pengaplikasian Al-Quran dalam membina keperibadian, akhlak dan ukuwah sesama manusia.

Seminar Al-Quran juga bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kesyumulan Al-Quran dalam menganggapi pelbagai isu-isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan, katanya.

Tambah beliau lagi, seminar ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa sesungguhnya tujuan pensyariatan (hukum-hukum syarak) kepada makhluk mempunyai lima tujuan iaitu untuk menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.

Seminar ini juga dapat mengadaptasikan prinsip Maqasid dalam pengurusan dan pentadbiran sebuah kerajaan agar menjadi sebuah negara Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur, katanya lagi.

Dalam majlis ini juga Sahibus Samahah Dato Seri Mufti Negeri Dr.Wan Salim Wan Mohd Noor telah menyampaikan ucaptama beliau yang bertajuk Memahami Konsep Maqasid Al Syariah Dalam Pentadbiran Negara Menurut Kerangka Al-Quran.

Turut diadakan juga adalah pembentangan kertas kerja oleh 3 panel yang terdiri daripada Dr.Mohamad Zaidi Abdul Rahman daripada UM Kuala Lumpur, Prof.Madya Dr.Jasni Sulong daripada USM Pulau Pinang dan Puan Nor Safina Zainal daripada JAKIM.

Program ini juga turut dihadiri oleh Prof.Madya TS.Dr.Mohd Hasbany Mohd Hashim Rektor UiTM dan Haji Zulkifli Long Pengarah JAIPP.

 

Tinggalkan komen anda