Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

MPKK Diberi Pendedahan Pengurusan Bencana

By 27 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abd.Aziz Osman (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 83 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari daerah Seberang Perai Tengah hari ini diberi taklimat berkenaan peranan ketika berdepan situasi  bencana. Program yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah bertujuan bagi memberi ilmu dan amanat kepada MPKK supaya dapat menyumbang peranan dalam membantu agensi penyelamat dan bantuan menangani situasi bencana sekiranya berlaku dikawasan mereka atau kawasan yang berhampiran.

MPKK yang dilantik merupakan komuniti terawal yang berada dikawasan bencana,jesteru mereka ini perlu didedahkan dengan ilmu-ilmu asas sebagai langkah persediaan awal sekiranya berlaku sesuatu bencana seperti banjir yang lazimnya berlaku di negara ini. Persediaan menghadapi bencana,semasa bencana dan selepas bencana.

Didalam menghadapi bencana banjir yang berlaku secara tiba-tiba misalnya MPKK harus tahu membuat pelan tindakan awal, laluan ke tempat yang selamat dan menghubungi bantuan kecemasan sekiranya perlu. Semasa di Pusat Pemindahan pula ,MPKK perlu berperanan melantik jawatankuasa-jawatankuasa kecil  bagi tugasan memasak makanan, perubatan, bancian awal anak-anak oku dan warga emas serta lain-lain keperluan mangsa penyelarasan agensi penyelamat dan bantuan.

Tuan Rusli ketika menyampaikan taklimat Pengurusan Bencana kepada MPKK yang hadir

Tuan Rusli ketika menyampaikan taklimat Pengurusan Bencana kepada MPKK yang hadir

Taklimat disampaikan oleh Tuan Rusli Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri.Beliau berkata walaupun NADMA merupakan agensi bantuan pusat yang diklasifikasikan dalam bencana tahap tiga iaitu yang agak kritikal namun agensi itu sedia berkongsi pengalaman.

Walauapapun MPKK juga harus tahu bahawa dalam mengendalikan situasi bencana Malaysia ini ianya mempunyai Standard Operasi Prosedur yang telah digariskan dalam MKN 20 Majlis Keselamatan Negara dimana ianya dibentuk secara berperingkat bermula dari pengurusan peringkat daerah,negeri dan Pusat lalu ianya diaturkan secara bersepadu supaya matlamatnya dalam membantu masyarakat tercapai,katanya ketika mengakhiri seisi taklimat pada pagi ini,hadir sama ialah Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah,Tuan Kamarul Haizal koderat.

Tinggalkan komen anda