Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Penyertaan Dua Generasi, Wujudkan Kerjasama Utuh

By 29 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto : Mohd Sabri Sailus (Ranau)

RANAU, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Program Santai Minda dan gotong-royong yang disertai golongan berumur dan belia dapat mewujudkan kerjasama yang utuh dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Menurut Ketua Kampung Perancangan, Maisol Radi, 52, turut menggambarkan bahawa hubungan generasi tua dan muda masih saling memerlukan dan berkait rapat dalam menjalankan sesuatu program dengan jayanya.

Suasana sekitar ketika gotong royong dijalankan.

Suasana sekitar ketika gotong royong dijalankan.

“Di samping itu, aktiviti gotong-royong yang dilakukan hari ini adalah salah satu bentuk program yang menyatupadukan masyarakat setempat dengan nilai-nilai murni seperti berkerjasama, tolong-menolong antara satu sama yang lain, sikap bertanggungjawab dan menerapkan aspek kebersihan kampung dan banyak lagi nilai-nilai yang dapat diterjemahkan melalui program seumpama ini.

“Secara tidak langsung juga, ia memberikan peluang kepada masyarakat yang mendiami kawasan luar bandar untuk terlibat dan menghadiri sesi perkongsian isu-isu semasa terkini antara Jabatan Penerangan (JaPen) dapat diwujudkan,” jelasnya.

Bersama-sama bekerjasama membersihkan kawasan

Bersama-sama bekerjasama membersihkan kawasan

Beliau ditemui bersama kira-kira 40 orang penduduk Kampung Perancangan menjayakan Program Perhimpunan Sivik Santai Minda JaPen, Pejabat Penerangan Daerah Ranau dengan kerjasama Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N29 Kundasang.

Program yang diadakan bertempat di Perkarangan Dewan Serbaguna dan sekitar kawasan Kampung Perancangan pada Sabtu lalu merupakan salah satu program tahunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh JaPen Malaysia khususnya di peringkat daerah.

Saling bantu-membantu dalam setiap program yang dijalankan

Saling bantu-membantu dalam setiap program yang dijalankan

Objektif penganjuran program ini antara lainnya adalah untuk memupuk hubungan yang lebih akrab dan silaturahim di antara jabatan termasuklah pegawai serta kakitangan dengan masyarakat setempat di mana program ini dilaksanakan.

Selain itu, melalui program ini juga, kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Ranau turut menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa terutamanya isu Jenayah Media Siber dan mengedarkan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

James(kiri) turut sama berganding bahu membersihkan kawasan.

James(kiri) turut sama berganding bahu membersihkan kawasan.

Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat kawasan N.29 Kundasang, James Gonzales berkata, peluang sebegini perlu dimanfaatkan sebaiknya di mana agensi kerajaan akan turun padang untuk bersemuka dengan masyarakat setempat.

“Pegawai-pegawai ini seterusnya dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

egawai JaPen, Mohd Sabri juga bersama-sama penduduk kampung untuk bergotong-royong

Pegawai JaPen, Mohd Sabri juga bersama-sama penduduk kampung untuk bergotong-royong

“Dalam masa yang sama juga, aktiviti gotong-royong seumpama ini wajar diteruskan dari masa ke semasa bagi menjadikan persekitaran kampung sentiasa bersih, bebas dari segala sampah sarap dan penyakit seperti demam denggi dan sebagainya,” ujar James.

Turut hadir dalam program gotong-royong tersebut Pengerusi Tagal Kampung Perancangan, Johnis Sabut.

EM

Tinggalkan komen anda