Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Percetakan Digital, Produk Baharu PNMB

By 9 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan /foto: Asmidar Zainol/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) memperkenalkan percetakan digital sebagai produk baharu syarikat berkenaan.

Pengarah Pengurusannya, Mohamad Abdullah berkata, perubahan itu adalah transformasi syarikat sejajar dengan permintaan dan peredaran semasa.

“Kita mewujudkan beberapa cabang produk baharu selain dari percetakan konvensional dan produk-produk sedia ada. Antaranya adalah kad pintar yang mempunyai cip bagi menyimpan data.

Abu Zahar (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (tengah) sambil disaksikan oleh Mohamad (tiga dari kanan).
Abu Zahar (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tun Juhar (tengah) sambil disaksikan oleh Mohamad (tiga dari kanan).

“Selain itu, kita turut memperkenalkan Solution Base Product. Contohnya, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan produk yang digunakan melalui tag stamp atau hologram yang diletakkan pada produk berkenaan.

“PNMB juga menawarkan perkhidmatan Tagging yang boleh digunakan bukan sahaja untuk pokok tetapi juga kepada manusia dan juga haiwan ternakan selain untuk kegunaan industri pembalakan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini. 

Tambahnya, antara perkhidmatan lain yang dilakukan PNMB Sabah adalah sistem pangkalan data bagi pesakit, pengimejan data, perkhidmatan pembungkusan, sijil dengan ciri keselamatan dan penggunaan drone bagi pemetaan kawasan.

Turut hadir pada kunjungan adalah Pengerusi PNMB, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Ketua Cawangan PNMB Kota Kinabalu, Abu Safian Adnan dan Pegawai Khas Pengerusi PNMB, Abd Rahman Habib.

EM

Tinggalkan komen anda