Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Perasmian Pesta Kaamatan 2019 di Pitas, 1 Mei ini

By 9 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan: Asmidar Zainol/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2019 buat julung kalinya diadakan di Dataran Bengkoka, Pitas, 1 Mei ini.

Pengerusi jawatankuasa induk perayaan itu, Datuk Peter Anthony berkata daerah tersebut dipilih bagi memberi peluang kepada masyarakat pedalaman meraikan pesta berkenaan.

“Memandangkan ini adalah kali pertama ia dianjurkan di daerah Pitas, pelbagai acara kebudayaan setempat akan dirancang sebagai tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri.

Peter (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Tun Juhar (kanan) berkenaan  Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2019.

Peter (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Tun Juhar (kanan) berkenaan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2019.

“Kita menjangkakan lebih 10 ribu orang akan hadir pada majlis pelancaran yang diadakan seawal pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Dalam pada itu, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkenan untuk hadir merasmikan Majlis Perasmian Pelancaraan Perayaan Pesta Kaamatan itu nanti,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah di Istana Negeri, hari ini.

Tambah beliau, majlis penutupan pula akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal pada 31 Mei ini bertempat di Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Penampang.

Turut hadir pada kunjungan adalah Timbalan Pengerusi I, Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019, Datuk Abd Muis Picho; Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2019, Kenny Chua Teck Ho; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Pitas merangkap Pengerusi Penganjur Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Bakri Nanun dan Wakil Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Ir Datuk John Anthony.

EM

Tinggalkan komen anda