Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Sambutan Pusat Belia Daerah Kulim Meriah

By 7 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Hasnol Hadi/Mohd Rizal (Kulim)

KULIM, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Program Pusat Belia (youth town) bertujuan merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mapan anak muda atau belia.

Pusat belia tempat di mana orang muda dapat bertemu dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti perniagaan, rekreasi, pusat permainan dan aktiviti keagamaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Rohaizat Rashid berkata beliau akan menjadikan Dataran Putra Kulim sebagai tempat anak muda dan belia berhimpun untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk anak muda dan belia supaya mereka tidak terlibat dengan pelbagai masalah sosial yang tidak bermoral.

“Pelbagai pertandingan akan diadakan bagi menarik golongan muda serta belia untuk melibatkan diri,” katanya yang ditemui sempena majlis tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata Pelancaran Pusat Belia Peringkat Daerah Kulim 2019 ini merupakan yang pertama untuk negeri Kedah.

“Program yang dirancang oleh kerajaan negeri ini diharap dapat memberi manfaat kepada anak muda dan belia.

“Diharap dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang ini, ia dapat membantu anak muda dan belia mencapai apa yang dirancangkan oleh kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pusat belia ini bermatlamat untuk membantu golongan muda dan belia menjalani kehidupan dengan lebih baik terutamanya dalam bidang perniagaan.

–SH

Tinggalkan komen anda