Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Laporan Polis Isu Santai Teh Tarik Diraja

By 29 April 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Dua laporan polis dibuat berkenaan hebahan palsu program Santai Teh Tarik 4 Putera Mahkota bersama Pemangku Raja Pahang di Melaka oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kuantan dan Bentong.

Hebahan palsu tersebut yang dijadualkan akan berlangsung pada Isnin, 29 April 2019 pada jam 5.30 petang di Mahkota Parade Bandar Hilir, Melaka telah dimuat turun dan ditular oleh Datuk Lokman Noor Adam di laman media sosial Instagram pada 27 April 2019 pada jam 3.37 petang.

Posting tersebut mencemarkan nama baik Tengku Mahkota Pahang dan dipergunakan untuk publisiti baginda,” kata Timbalan Pemuda Pakatan Harapan Kuantan, Muhammad Mustaqim Abdul Jalil yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Muhamad Mustakim (dua dari kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Muhamad Mustakim (dua dari kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Dalam poster yang ditular, majlis tersebut akan turut dihadiri Tengku Mahkota Johor dan Tengku Mahkota Selangor serta seorang lagi kerabat misteri didakwa disebarkan bagi tujuan promosi pemilik akaun yang didakwa milik Datuk Lokman Noor Abdul Jalil.

Selain itu, pihak Pemuda PH mendesak agar kes ini disiasat dengan teliti dan menggesa agar gelaran dan pingat yang diberi oleh pihak Istana Abu Bakar ditarik balik  kerana mencemarkan nama baginda.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Lokman yang dipercayai mencemar institusi istana dengan penganjuran program terbabit tanpa pengetahuan Pemangku Raja di tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Selangor.

Terdahulu, Pejabat Raja Muda Selangor telah mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dengan program berkenaan yang dipromosikan sebagai ‘Santai Teh Tarik Bersama 4 Putera Mahkota’.

Posting yang didakwa palsu tular dimuat turun oleh Dato Lokman Noor Adam di Instagram dan twitter

Posting yang didakwa palsu tular dimuat turun oleh Dato Lokman Noor Adam di Instagram dan Twitter.

Turut menafikan penyertaan adalah Tengku Hassanal Ibrahim dan sumber Istana Pahang berkata, Tengku Hassanal telah bertitah supaya namanya tidak digunakan oleh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran rasmi istana.

Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda Amanah Pahang, Mohd Ibrohim Mazalan dan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Koh Yen Yee.

 

-KN

Tinggalkan komen anda