Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Spa Muslimah Patuh Syariah

By 5 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazeen Abd Rahman/Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

BERTAM, 5 April (Malaysiaaktif) – Spa atau ‘Solus Per Aqua‘ berasal daripada bahasa Latin sebenarnya yang bermaksud terapi air di mana kebiasaannya ditawarkan perkhidmatan rawatan muka, urutan badan, urutan semasa berpantang, mandi bunga, lulur, sauna, bekam dan rawatan batu panas.

Kini perniagaan spa telah banyak berkembang dengan begitu pesat selain menjadi salah satu produk perkhidmatan kesihatan terkemuka dan ini akan membantu meningkatkan industri pelancongan negara.

Spa  berkonsepkan muslimah juga tidak ketinggalan dalam memenuhi permintaan yang tinggi terutama kaum hawa.

Faizah Yusuf merupakan usahawan spa yang diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan perniagaan dibawah seliaan Jabatan Pertanian yang membuka pusat Taman Herba di Kepala Batas. Untuk mendapatkan sumber bahan rawatan spa, Faizah tidak menghadapi masalah kerana bahan-bahan keperluannya telah terdapat di taman herba ini.

Faizah Yusof, pemilik MaFar Sakura SPA, Yakin Konsep SPA muslimah akan terus mendapat pemintaan tinggi

Faizah Yusof, yakin konsep spa muslimah akan terus mendapat pemintaan tinggi.

Telah beroperasi sejak sedekad yang lalu ternyata menjadi pilihan pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan memanjakan diri, dengan memberi kepuasan kepada wanita yang mahukan layanan seperti permaisuri selepas seharian penat bekerja, dengan mendapatkan perkhidmatan urutan serta rawatan kecantikan untuk merehatkan dan memanjakan diri.

“Antara perkhidmatan yang disediakan di spa kami ini bermula dari  rambut hingga hujung kaki iaitu perkhidmatan menggunting rambut, pedicure dan medicure, urutan badan, mandian susu, rawatan untuk ibu berpanrang dan rawatan untuk bakal raja sehari.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan, bagi para pelajar institut pengajian seperti Kolej Komuniti, Giat Mara, kami menyediakan tempat untuk mereka menjalani latihan industrial atau latihan partikal.

Perkhidmatan gunting rambut untuk golongan Muslimah juga disediakan.

Perkhidmatan gunting rambut untuk golongan Muslimah juga disediakan.

“Alhamdulillah, spa yang diusahakan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dan saya akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.

Faizah sememangnya berazam untuk mewujudkan pusat terapi kecantikan dan spa yang memenuhi sepenuhnya konsep syariah Islam.

“Ini penting kerana tidak banyak pusat yang menyediakan perkhidmatan khusus buat golongan muslimah.

“Kewujudan pusat terapi kecantikan dan juga spa berlandaskan syariah dilihat penting dalam membantu memberikan perkhidmatan berkenaan kepada golongan wanita muslimah,” katanya lagi.

Mengulas mengenai masa depan bidang terapi kecantikan dan spa, beliau menyifatkan bidang ini bakal berkembang pesat dan seterusnya menjadi industri utama negara.

“Industri ini mampu mara lebih jauh dan berdaya saing dengan industri-industri perkhidmatan lain seiring dengan kehendak dan gaya hidup masyarakat yang mementingkan kesihatan dan penampilan,” tambahnya.

Tinggalkan komen anda