
Laporan/foto: M.Syafiq M.Razi (Padang Terap)
KUALA NERANG – 20 Apr (Malaysiaaktif) – Keunikan negara Malaysia dengan kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bangsa tidak dinafikan lagi, dan salah satu perayaan yang dikongsi bersama ialah pesta songkran yang menandakan tahun baharu mengikut kalendar Buddha yang disambut sekitar 13-15 April setiap tahun.
Exco Kerajaan Negeri Kedah Simon Ooi Tze Min, berkata pesta songkran boleh menjadi wardah ikatan perpaduan pelbagai kaum di sini.
“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia terus mengukuhkan ikatan perpaduan yang telah terjalin sekian lama ini,” katanya ketika merasmikan pesta tersebut di Wat Phikulthararam, di sini semalam.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Tanjung Thai, Surin Tuan, amat berbangga apabila sambutan peringkat daerah ini dilaksanakan dengan jayanya.
“Dari segi ikatan perpaduan masyarakat di sini memang sudah seperti adik beradik tidak mengira apa bangsa dan agama sekali pun, dan setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, kami di sini akan sambut bersama-sama,” katanya.