Skip to main content
Berita Tempatan

4,000 Bubur Lambuk Diagih Semarakkan Ramadan

By 14 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto: A.Prabagaran (Klang)

KLANG, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Sejumlah 4,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V.Ganabatirau berkata penganjuran program tersebut untuk menyemarakkan bulan Ramadhan di samping mengeratkan silaturahim antara penduduk.

“Sebanyak 12 periuk besar digunakan untuk memasak bubur oleh 40 orang wakil – wakil penduduk yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

“Program ini sangat baik untuk semarakkan bulan Ramadhan dan ianya pasti mengeratkan talian silaturahim antara penduduk setempat,” katanya yang juga EXCO Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Negeri Selangor.

Ganabatirau (tengah)  mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang dimasak secara gotong-royong.

Ganabatirau (tengah) mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang dimasak secara gotong-royong.

Mengulas lanjut, Ganabatirau berkata, banyak program di DUN Kota Kemuning dilaksanakan dalam skala kecil agar ianya memberi impak positif serta mencapai sasaran.

“Kebanyakan ketua-ketua kampung atau ahli majlis di DUN Kota Kemuning minta agar perancangan program dalam skala kecil sahaja agar ianya memberi impak yang besar kepada sasaran.

“Jika kita anjurkan program besar, ianya tidak menepati sasaran kerana tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Bubur Lambuk Perdana DUN Kota Kemuning yang diadakan di Tapak Bazar Ramadhan Sri Muda, di sini hari ini.

Program tersebut anjuran Pejabat ADUN Kota Kemuning dengan kerjasama Persatuan Bertindak Mualaf Selangor, ahli-ahli majlis dan ketua-ketua kampung.

-NAZ

Tinggalkan komen anda