Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Shamsul Bahari Abdul Shukor
GEORGETOWN, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam bersama YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah diadakan di Grand Ballroom, Aras 5, The Top KOMTAR. Majlis tersebut adalah anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Turut sama hadir Timbalan Ketua Menteri 1 YB Dato IR Hj Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Serta barisan Ahli Mesyuarat kerajaan negeri.
‘Membina Negara dan Memenuhi Harapan’ merupakan satu matlamat utama negara bagi membina sebuah Malaysia Baharu. Tanggal 9 Mei 2019 baru-baru ini merupakan genapnya setahun kerajaan Pakatan Harapan’ mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurut beliau, semua ini tidak akan terjadi tanpa sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat. Kerajaan kini sedang melaui fasa peralihan untuk memulihkan keadaan semasa negara dan berharap akan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan baik. Beliau juga yakin dan percaya dengan perancangan yang teliti serta kepercayaan rakyat kepada kerajaan segala janji akan berjaya dilaksankan dalam masa yang terdekat.
Dikesempatan itu, beliau turut yakin dengan rancangan Visi Penang2030 yang telah dilancarkan olehnya pada 29 Ogos 2018 yang lalu. Justeru itu, komiten dan kerjasama dari semua pihak terutamanya penjawat awam sangat diperlukan bagi menjayakan visi ini.
Beliau turut mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak setengah Bulan gaji, minimum RM 1,000 kepada smua anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang bagi membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bayaran bantuan ini dibayar pada 28 Mei 2019 katanya.
Dengan itu, beliau menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan dalam merealisasikan impian dan harapan menjadi kenyataan.