Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Jadikan Masjid Pusat Kebajikan Kepada Rakyat – Adly

By 14 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain/Mastika Hablum (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Institusi masjid perlu diperkasakan bukan sekadar menjadi tempat beribadat, tetapi menjadi pusat kebajikan kepada ahli kariah dan orang ramai yang memerlukan bantuan.

Menurut Ketua Menteri Adly Zahari, pengurusan masjid perlulah peka dengan keperluan masyarakat sekeliling dan membantu kerajaan negeri dalam usaha memastikan kebajikan rakyat kurang berkemampuan terbela.

“Saya menyerus ahli jawatankuasa masjid untuk melaksanakan program yang melibatkan semua lapisan masyarakat terutama golongan muda dalam memastikan mereka kembali mendekati institusi masjid serta menyumbang secara langsung kepada masyarakat.

“Peranan masjid pada hari ini perlu diperluas dan bukan sekadar dilihat daripada perspektif keagamaan sahaja, maka saya menyeru kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan jemaah untuk sentiasa bermuzakarah bagi memikirkan aktiviti dan program yang bersesuaian dan bermanfaat bagi semua pihak,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Masjid Al-Salam, Kampung Ayer Hitam Darat, di sini baru-baru ini.

Seramai 250 orang menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk tujuan ini.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Halim Bachik dan Penyelaras DUN Taboh Naning Zairi Suboh.

-SH

Tinggalkan komen anda