Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

607 Penerima Daerah Baling Terima Kad KIDA

By 22 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan (Baling)

BALING, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 607 penerima dari daerah Baling menerima Kad Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang memberi manfaat kepada semua keluarga terutamanya golongan ibu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Negeri Kedah Halimaton Shaadiah Saad, berkata Kerajaan Negeri Kedah dengan sokongan Kerajaan Persekutuan merangka program KIDA untuk menangani kos sara hidup serta memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati pembangunan ekonomi yang saksama.

“Peranan kaum ibu bukan sahaja mendidik dan membesarkan anak-anak sahaja tetapi juga sering memikul tanggungjawab menguruskan kewangan keluarga.

Sebahagian daripada penerima-penerima kad KIDA bagi Daerah Baling.

Sebahagian daripada penerima-penerima kad KIDA bagi Daerah Baling.

“Jika penerima KIDA ini telah berjaya keluar daripada garis kemiskinan nama mereka akan dikeluarkan dan memberi peluang kepada penerima lain pula untuk menikmati manfaat ini,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian sumbangan Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) peringkat Daerah Baling di Dewan Tun Abd Razak, di sini semalam.

Penerima KIDA Normazida Zain, 38, dari Kampung Tawar, berkata beliau amat bersyukur kerana tersenarai untuk menerima sumbangan ini.

” Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri dan pusat kerana merangka satu inisiatif yang amat baik dalam membantu kaum ibu yang kurang berkemampuan dan dapatlah saya gunakan untuk keperluan keluarga bagi menyambut ketibaan hari raya nanti,” katanya.

Normazida menunjukkan kad KIDA yang diterima beliau.

Normazida menunjukkan kad KIDA yang diterima beliau.

Menurut seorang lagi penerima Punitha Dewi, 40, dari Kampung Dara Sungai Tawar, manfaat bantuan ini dapat mengurangkan beban keluarganya.

“Jika dahulu setiap bulan terpaksa mencari sumber kewangan yang lebih bagi membantu keluarga kini saya tidak perlu bimbang lagi kerana setiap bulan saya dapat membeli barang keperluan dapur dengan adanya bantuan ini,” jelasnya.

Program ini merupakan Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam usaha meningkatkan daya beli dan taraf hidup, sekaligus membasmi kemiskinan terutamanya di kawasan luar bandar.

SH

Tinggalkan komen anda