Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Anak Yatim Darul Kifayah Terima Sumbangan Tiara Labuan Hotel dan PESOWNA

By 9 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN 9 Mei, (Malaysiaaktif) – 20 orang anak yatim Darul Kifayah menerima sumbangan daripada Tiara Labuan Hotel dan Pertubuhan Pembangunan dan Sosial Wanita W.P Labuan (PESOWNA) dalam satu majlis berbuka puasa kelmarin.

Menurut Pengerusi PESOWNA, Raynie Datuk Mohd Din, Majlis itu adalah kesinambungan majlis yang diadakan pada setiap tahun untuk meraikan dan merapatkan hubungan silaturahim di antara pemimpin, NGO, masyarakat dan anak-anak di Darul Kifayah.

β€œMereka adalah anak-anak yang kurang berkemampuan dan ada di antara mereka dari kalangan yang tidak mempunyai ibu bapa, oleh yang demikian hari ini kita meraikan mereka untuk memupuk rasa kekeluargaan serta kasih sayang, menghargai nilai persaudaraan dalam kalangan masyarakat tidak kira bangsa dan agama,” katanya semasa menyampaikan ucapan ada majlis itu.

Rozman (tiga dari kanan), Eugene (paling kanan) dan tetamu jemputan lain menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim

Rozman (tiga dari kanan), Eugene (paling kanan) dan tetamu jemputan lain menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim

Bagi Pengurus Tiara Labuan Hotel, Eugene Chin, merasa terharu kerana Tiara Hotel Labuan masih dapat meraikan anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa walaupun dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu.

β€œIni merupakan kali ke tiga Tiara Hotel Labuan mengadakan majlis sebegini dan selain majlis berbuka puasa, CSR Tiara Labuan Hotel juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain contohnya aktiviti bersama anak-anak OKU dan aktiviti bersama komuniti,” jelasnya yang turut berucap pada petang semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli memuji inisiatif kedua-dua pihak yang berganding bahu meraikan golongan yang kurang bernasib baik.

“Program ini patut dibudayakan lebih lagi di Bulan Ramadan di mana kita tidak boleh melupakan mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa mereka dari kecil lagi.

Rozman bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan bersama anak-anak yatim Darul Kifayah.

Rozman bersama tetamu jemputan lain bergambar kenangan bersama anak-anak yatim Darul Kifayah.

“Program ini juga selari dengan tuntutan agama dan ajaran junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang selalu membela anak-anak yatim sekaligus memberikan kita ganjaran serta keberkatan di dalam kehidupan,” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda