Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

Dorsett Grand Labuan Agih 500 Bubur Lambuk

By 5 Mei 2019Mei 8th, 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Dorsett Grand Labuan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan mengagihkan sebanyak 500 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan hotel, semalam.

Menurut Pengurus Besar Dorsett Grand Labuan, Masni Shaik Dali, pengedaran bubur lambuk itu dijalankan bersempena kedatangan Bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini.

“Kami di Dorsett Grand Labuan ingin berkongsi rasa teruja dan gembira sempena kedatangan bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam malah oleh seluruh rakyat Malaysia.

Masni (paling kanan), Farid (tengah) bersama warga Dorsett Grand mengagihkan bubur lambuk

Masni (paling kanan), Farid (tengah) bersama warga Dorsett Grand mengagihkan bubur lambuk

“Bubur lambuk ini sebagai simbolik kemeriahan Bulan Ramadan dan mengimbau nostalgia terutama bagi masyarakat melayu yang sering menikmati bubur ini di Bulan yang penuh keberkatan itu.

“Program ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara kami dengan pihak IPD Labuan, masyarakat di Labuan dan sesama warga kerja Dorsett Grand Labuan,” katanya semasa ditemui media.

Masni bagi pihak Dorsett Grand Labuan turut mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh masyarakat di Labuan dan berharap Ramadan tahun ini memberi seribu keberkatan dan kegembiraan untuk semua.

Masni, Farid bergambar kenangan bersama semua warga Dorsett Grand dan IPD Labuan

Masni, Farid bergambar kenangan bersama semua warga Dorsett Grand dan IPD Labuan

Hadir sama pada program pengagihan tersebut adalah Ketua Polis Daerah Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad.

EM

Tinggalkan komen anda