Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Larian Sepakat Fun Run Meriah Dengan Penyertaan Pelbagai Kaum  

By 5 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hanafi Sariman/Salawaty Mat Shariff

PINANG TUNGGAL, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Bertempat di Padang Awam Taman Bertam Perdana, pada cuti umum Hari Berkerja baru-baru ini telah berlangsung Sepakat Fun Run sempena Karnival Sepakat Malaysiaku Harapanku Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2019.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah SPU dan Pejabat ADUN Pinang Tunggal ini mendapat sambutan yang baik apabila 500 penyertaan secara online telah pun penuh hanya dalam masa 3 hari sahaja ianya dibuka kepada umum termasuk lebih 100 orang yang menyerahkan penyertaan secara manual.

Menurut Puan Nazifah Muhamad Zubir , Pegawai Belia & Sukan Daerah SPU yang mengelola urusan pendaftaran peserta larian menyatakan bahawa sambutan baik ini adalah kerana kebanyakkan masyarakat sekarang ramai yang berminat kepada acara sukan dan riadah santai seperti ini.

'Flag-off' oleh Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang.

‘Flag-off’ oleh Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang.

Tambah beliau, faktor hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada hari Rabu pertengahan minggu bekerja juga menyebabkan ianya mendapat sambutan kerana orang ramai dilihat lebih memilih berehat dan melakukan aktiviti bersama keluarga di kawasan berhampiran tempat tinggal. Namun begitu ramai juga penyertaan yang diterima adalah dari luar kawasan.

Sepanjang larian Sepakat Fun Run ini berlangsung dilihat penyertaan melibatkan pelbagai kaum dan lapisan peringkat umur. Ada kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun bersama-sama ibu dan ayah dan ada juga ibu yang membawa anak berumur 2 tahun di dalam ‘stroller’ untuk berlari bersama-sama. Peserta masing-masing dilihat menunjukkan wajah yang ceria dan gembira kerana dapat melibatkan diri dan beriadah bersama keluarga masing-masing dalam acara ini.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan pemberian ‘t-shirt’ kepada peserta yang mendaftar awal di hari berkenaan dan bagi yang berlari dengan pantas dan tiba awal di garisan penamat pula akan menerima medal. Antara peserta yang berjaya mendapatkan medal berkenaan adalah wanita warga emas dan kanak-kanak.

salah seorang peserta Warga Emas yang terawal tiba di garisan penamat

salah seorang peserta Warga Emas yang terawal tiba di garisan penamat

Nor Izwan yang mendapat tahu lokasi program berkenaan diadakan berhampiran rumah beliau tidak melepaskan peluang, bagi menyertai acara berkenaan. Beliau sangat berpuas hati kerana menjadi salah seorang peserta yang mendapat ‘t-shit’ larian dan berjaya menjadi peserta terawal mendapatkan medal kerana ianya terbuka kepada semua dan penyertaan adalah percuma.

Menurut Puan NurAzreen Abdul Rahman, Pegawai Penerangan Daerah SPU selaku penganjur bersama program berpendapat acara berkenaan dilihat berjaya mencapai matlamatnya dalam melahirkan dan mendidik masyarakat berbilang kaum untuk hidup harmoni antara satu sama lain dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.

Tinggalkan komen anda