Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Eddin Raikan Warga Emas dan OKU Dalam Majlis Berbuka Puasa

By 17 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto : Daniel Jong/ Mohd. Khairulnizam Mohd. Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith meraikan kira-kira 20 warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Kampung Parit, Kuala Pilah petang semalam.IMG-20190517-WA0005

Eddin dalam ucapannya melahirkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang telah memberikan komitmen dan memainkan peranan yang efektif dalam menyampaikan pelbagai maklumat dan dasar kerajaan kepada orang ramai.

Tambah beliau lagi, hubungan baik antara JAPEN dan pelbagai agensi haruslah diperkukuh kerana ia boleh membantu kemajuan rakyat dan negeri ini amnya.

“Saya berharap dengan adanya Jabatan Penerangan, dapat membantu menyampaikan dasar dan pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan baru ini,” katanya.

Selain itu, Eddin turut menggesa agar semua jabatan dan agensi kerajaan untuk bertindak dengan lebih proaktif agar perkhidmatan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan.IMG-20190517-WA0007

Terdahulu, Eddin bersama beberapa ketua jabatan telah mengedarkan kurma kepada orang ramai di bazar ramadan Taman Pilah Perdana sebelum menziarahi jenazah Siti Kharina Mohd Kamarudin di Kampung Tengah.

Selepas berbuka, majlis disusuli dengan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat tarawih.IMG-20190517-WA0004

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu serta Timbalan Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Mohd Sukari Abd Hamid. Turut hadir juga adalah Pengarah Penerangan Negeri, Sabarudin Yeop Hamza dan Pegawai Daerah Kuala Pilah, Shahrul Nizam Saleh.

 

-KN

Tinggalkan komen anda