Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Enam Beradik Hilang Tempat Bergantung

By 14 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Kunjungan Dato’ Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, menziarah dan meluangkan masa dengan enam beradik anak yatim di Kampung Legong Ulu, Astana Raja Rembau baru-baru ini amat bererti kepada anak-anak ini yang kehilangan ibu mereka ketika bertugas sebagai pencuci pejabat di sebuah bank di Rembau akibat kemalangan motosikal semasa pulang ke rumah.

Keluarga enam beradik ini adalah daripada golongan keluarga asnaf, mereka berenam yang masih kecil telah menjadi anak yatim setelah ibu mereka maut dalam kemalangan motosikal baru-baru ini, manakala ayah mereka seorang pesalah kes dadah dan sedang menjalani rawatan penyalahgunaan dadah.

Menurut Muhamad, mereka sekarang menumpang di rumah ibu bapa saudara di kampung, serta dibantu penduduk di sekitar kediaman bagi meringankan bebanan ibu bapa saudara mereka.

Dato Undang Rembau (berkot Hitam) menziarah anak-anak yatim enam beradik, di kediaman bapa saudara mereka, di sini.

Dato’ Undang Rembau (berkot Hitam) menziarah anak-anak yatim enam beradik, di kediaman bapa saudara mereka, di sini.

“Pihak Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota akan sentiasa membantu dan membantu anak-anak ini dalam memastikan kebajikan dan pelajaran mereka sentiasa berjalan lancar serta baik.

“Bantuan turut diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau dan Baitulmal Rembau,” katanya ketika mengunjungi adik beradik malang ini sambil memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran supaya berjaya pada masa hadapan.

Ketibaan Dato’ Undang Rembau di rumah keluarga berkenaan disambut Pegawai Penyelaras DUN Kota yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Sharizal Masrudin.

“Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka enam-beradik dalam menghadapi ujian hidup yang berat ini,” katanya ketika ditemui.

-SH

Tinggalkan komen anda