Skip to main content
Berita TempatanHomePulau PinangSains & Teknologi

Pulau Pinang Perintis ‘Smart Bus Stop’

By 14 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 14 Mei (Malaysiaaktif) – ‘Smart Bus Stop’ di Lengkok Tenggiri merupakan pondok bas pintar yang pertama dibina di Pulau Pinang hasil gabungan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Syarikat Edotco (M) Sdn. Bhd., Polis Diraja Malaysia dan juga Rapid Penang.

Hentian Bas ini merupakan satu inovasi baru yang bukan sahaja sebagai tempat mengambil dan menurunkan penumpang malahan berupaya menyediakan kemudahan berteknologi tinggi untuk keselamatan dan keselesaan pengguna sejajar dengan teras strategik Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuhkan kesejahteraan sosial.

Taklimat ringkas dan demo penggunaan panic button di Smart Bus Stop

Taklimat ringkas dan demo penggunaan panic button di Smart Bus Stop

‘Smart Bus Stop’ adalah model kepada reka bentuk bangunan hijau yang memperolehi Tenaga daripada Solar yang memenuhi ciri-ciri ‘smart sustainable city’ dalam menuju Bandar Pintar bertaraf antara bangsa menjelang 2025. Pelaksanaan ini adalah selari dengan wawasan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu ‘Penang 2030 : A Family-focused, Green and Smart State to Inspire the Nation’.

Projek perintis ini menggabungkan pelbagai element keselamatan dan kemudahan seperti kamera CCTV dengan ciri analitis, struktur telekomunikasi, papan iklan digital, pengecas telefon bimbit, butang kecemasan, papan pemakluman waktu ketibaan bas melalui ‘Bus Integrated System (BIS)’ milik Rapid Penang.

Pemasangan Kamera CCTV dan ‘panic button’ di ‘Smart Bus Stop’ ini merupakan ciri-ciri penting yang mementingkan aspek keselamatan pengguna pengangkutan awam malah kedua-dua element tersebut disambung secara terus kepada pihak PDRM bagi memantau keselamatan orang ramai terutamanya pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Majlis menandatangani Perasmian Projek Perintis Smart Bus Stop pertama di Pulau Pinang

Majlis menandatangani Perasmian Projek Perintis Smart Bus Stop pertama di Pulau Pinang

Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Jagdeep Sigh Deo a/l Karpal Singh, Pengerusi MMK Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa. Menurut beliau ia merupakan satu transformasi digital dan revolusi industri 4.0. Ketika ini terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang antaranya Penang ‘Smart Parking’, ‘Penang Digital Library’ dan sebagainya.

Pengguna pengangkutan awam, Hajah Musalma Ibrahim, 58, berharap projek perintis ini dapat diperluaskan ke seluruh Pulau Pinang agar kemudahan dan keselesaan ini dapat dinikmati bersama dan berharap agar masyarakat tidak melakukan vandalism terhadap kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan.

Turut hadir bersama Yang Berbahagia Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan.

Tinggalkan komen anda