Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Fahami Penyakit Talasemia, Kepentingan Menderma Darah : Dr. William

By 26 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Warga Hospital Queen Elizabeth (HQE) diseru memainkan peranan aktif menyebarkan maklumat berkaitan penyakit Talasemia serta menjadi contoh terbaik bagi memastikan masyarakat turut sama menderma darah.

Pengarahnya, Dr. William Gotulis berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak hospital sentiasa mempergiat dan mengadakan pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit Talasemia termasuklah kempen menggalakkan masyarakat menderma darah secara ikhlas dan sukarela.

Program tumpuan sepanjang sambutan adalah kempen derma darah dan pameran.

Program tumpuan sepanjang sambutan adalah kempen derma darah dan pameran.

Sehubungan itu beliau berharap dan menyeru agar warga HQE turut sama memainkan peranan menyebarkan maklumat berkaitan penyakit Talasemia dan kempen menderma darah agar pendedahan mengenai penyakit tersebut sampai kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh termasuklah di kawasan luar bandar.

“Kita amat berharap dengan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai penyakit Talasemia, khususnya kepentingan menjalani saringan kesihatan lebih awal, kelahiran bayi tanpa gen Talasemia dapat dikurangkan berpandukan status kesihatan masing-masing dan kaedah tertentu dan bersesuaian.

Aktiviti kesihatan menjurus kesedaran orang ramai terhadap talasemia dan kepentingan menderma darah turut diadakan di lobi pameran hospital.

Aktiviti kesihatan menjurus kesedaran orang ramai terhadap Talasemia dan kepentingan menderma darah turut diadakan di lobi pameran hospital.

“Pada masa yang sama usaha menggalakkan orang ramai menderma darah tetap diutamakan kerana keperluan pesakit terhadap sumbangan bekalan darah semakin bertambah dan sentiasa diharapkan termasuklah pesakit Talasemia di negeri ini,” kata beliau.

Dr. William berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan serta warga hospital di Auditorium, Menara Berkembar HQE, pada Jumaat.

Dr. William (kanan) ketika menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Dr.Choo Heng Chang (kiri) , diperhatikan bersama oleh Dr. Kuldeep Kaur A/P Sarbansingh.

Dr. William (kanan) ketika menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Dr. Choo Heng Chang (kiri), diperhatikan bersama oleh Dr. Kuldeep Kaur A/P Sarbansingh.

“Penyakit Talasemia berpunca apabila hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal dan tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah pesakit.

“Hemoglobin merupakan bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh dan akibat kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit kelihatan tidak bertenaga dan pucat.

Dr. William ketika menyampaikan ucapan dan perasmian Majlis Sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan serta warga hospital.

Dr. William ketika menyampaikan ucapan dan perasmian Majlis Sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan serta warga hospital.

“Pesakit yang disahkan mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dikatagori sebagai penghidap Talasemia major dan pesakit memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat mereka.

“Rawatan seumpama ini mempunyai risiko yang menyebabkan pengumpulan zat besi ke dalam organ-organ utama seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin, sekali gus menjejas serta merosakkan fungsi organ berkenaan,” jelasnya.

Dr. William bersama ahli jawatan kuasa sambutan dan tetamu jemputan merakamkan gambar di ruang lobi pameran.

Dr. William bersama ahli jawatan kuasa sambutan dan tetamu jemputan merakamkan gambar di ruang lobi pameran.

Sehubungan itu, orang awam adalah digalak menjalani ujian saringan Talasemia lebih awal di klinik kesihatan mahupun hospital berdekatan bagi mengetahui status kesihatan mereka.

Tambahnya, dengan mengadakan ujian saringan lebih awal dan memahami status kesihatan mereka, kelahiran anak yang menghidap talasemia dapat dikurangkan kerana penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak.

Dengan tema ‘Get Inspired, Get Involved’, Sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE dimulakan dengan sesi ceramah oleh Dr. Choo Heng Chang mengenai perkembangan sejarah penyakit Talasemia di negeri ini, diikuti ceramah oleh Dr. Kuldeep Kaur A/P Sarbansingh serta ceramah perkongsian pengalaman pesakit Talasemia oleh Stave Haiker.

Dr. William bersama ahli jawatan kuasa sambutan dan tetamu jemputan merakamkan gambar bersama sejurus merasmikan sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE.

Dr. William bersama ahli jawatan kuasa sambutan dan tetamu jemputan merakamkan gambar bersama sejurus merasmikan sambutan Hari Talasemia Sedunia Peringkat HQE.

Sepanjang sambutan tersebut, beberapa program diadakan antaranya program Kempen Derma Darah dan pameran khusus berkaitan penyakit Talasemia serta aktiviti kesihatan menjurus kesedaran orang ramai terhadap Talasemia.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim, serta pegawai perubatan dan pegawai-pegawai kanan hospital.

EM

Tinggalkan komen anda