Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Generasi Muda akan Terkesan oleh Pencemaran Udara

By 30 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Program Kesedaran Alam Sekitar sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2019 telah berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching(BCCK), Kuching,  malam kelmarin.

Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Amirul Aripin, dalam ucapan perasmianya berkata hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun diseluruh dunia bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibtan terhadap perubahan alam sekitar.

“Masyarakat dunia mula bergabung tenaga untuk menyemai rasa tanggunjawab serta meningkatkan kesedaran untuk melindungi bumi dan alam sekitar melalui pelbagai program kesedaran dan aktiviti alam sekitar.

Nurul Aida Hamid menunjukan hasil lukisan beliau

Nurul Aida Hamid menunjukan hasil lukisan beliau

Tema Sambutan kali ini adalah Air Pollution atau Pencemaran Udara adalah bertujuan menerapkan nilai-nilai penjagaan alam sekitar yang lebih mendalam dan berkesan kepada generasi muda, umpama pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan saya menyeru pada hadirin sekalian agar kita sama-sama menjaga kualiti udara dan kesejahteraan alam sekitar ini”,jelasnya.

Program ini dianjurkan bersama oleh antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (JAS), Sarawak Energy Berhad dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Antara pengisian lain program ini juga meraikan  40 orang anak-anak yatim daripada Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) menerima sumbangan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB).

Turut diadakan ceramah bertajuk ‘Hindari Plastik Sekali Guna’ yang disampaikan oleh Nur Aida Nur Azman dari NREB serta pertandingan melukis dan Kuiz Alam sektiar.

Turut hadir ialah Marconi Madai, Vice President HSSE, Sarawak Energy Berhad, Mohamad Salleh Hamdin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim  Sarawak(PERYATIM), Rahmah Biak, Senior Assistant Controller Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

-ER

Tinggalkan komen anda