Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Jelajah Silaturahim Promosi Kolej KEDA

By 2 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Β Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Noor Farzli Adenan (Sik)

SIK, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian serta memberi pendedahan tentang kursus yang ditawarkan, Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengambil langkah proaktif bagi mempromosikan institusi pengajian tersebut dengan melaksanakan program jelajah bermotosikal.

Program Jelajah Silaturahim Konvoi Motosikal Kolej KEDA yang pertama kali diadakan ini disertai oleh 15 buah motosikal terdiri daripada pelajar serta kakitangan Kolej KEDA.

Menurut Penolong Pengetua Latihan Kolej KEDA, Mohd Noor Farzli Adenan, tidak ramai anak muda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Institut Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ekoran kurang pendedahan tentang kebolehpasaran graduan serta kursus yang ditawarkan.

Para peserta konvoi bergambar kenangan bersama-sama penduduk tempatan di Kg. Sungai Tengas, Kulim.

Para peserta konvoi bergambar kenangan bersama-sama penduduk tempatan di Kg. Sungai Tengas, Kulim.

“Konvoi ini menjadi salah satu medium bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai khususnya anak-anak yang tinggal di desa KEDA agar merebut peluang bagi melanjutkan pengajian di Kolej KEDA ini.

“Pada masa kini, anak muda lebih berminat dengan motosikal serta aktiviti konvoi, kami merasakan konvoi merupakan medium yang lebih efektif dan dekat dengan generasi muda,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Tambah Farzli lagi, konvoi sejauh 360km yang menjelajah ke daerah Sik, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baru ini turut mengedarkan
10,000 naskah risalah berkaitan kursus pengajian yang ditawarkan di Kolej KEDA serta penyampaian sumbangan kepada 20 orang penerima.

“Peserta konvoi turut berkesempatan mengunjungi tujuh buah masjid serta rumah anak-anam yatim di Pokok Tai, Pendang untuk misi khidmat masyarakat bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan.

“Sebagai duta kecil yang mewakili Kolej KEDA, kami berharap agar orang ramai mendapat gambaran yang lebih jelas dan tepat berkaitan institusi pengajian kami serta berjaya menarik lebih ramai anak-anak muda bagi melanjutkan pengajian di sini,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda