Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Phoong Jin Zhe Angkat Sumpah Menteri Belia dan Sukan Sabah

By 21 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Yaacob Hamud/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Phoong Jin Zhe mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah Kabinet Negeri Sabah di Istana Negeri, hari ini.

Phoong (tengah) bersalaman dengan Tun Juhar (kanan).

Phoong (tengah) bersalaman dengan Tun Juhar (kanan).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sementara upacara menandatangani watikah pelantikan beliau disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah.

Menurut Phoong, sebagai menteri baharu beliau akan melaksanakan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada anak-anak muda dan meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada.

Phoong (kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal (kanan).

Phoong (kiri) bersalaman dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal (kanan).

“Sebarang cadangan, pandangan dan komen daripada anak-anak muda amat saya alu-alukan dalam meningkatkan perkhidmatan, aktiviti-aktiviti dan idea baharu yang lebih efektif.

“Terima kasih juga saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan untuk menyandang jawatan ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah.

Phoong menandatangani watikah pelantikan disaksikan David Wong Dak Wah.

Phoong menandatangani watikah pelantikan disaksikan David Wong Dak Wah.

Tambah beliau, sebarang pendapat dan pandangan boleh disalurkan melalui media sosial atau terus ke pejabatnya di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang terletak di Wisma MUIS.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal, Pembantu-pembantu Menteri serta Menteri-menteri Kabinet.

EM

Tinggalkan komen anda