Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

‘Nyamuk Aedes’ Serang Pekan Selasa

By 1 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Skuad Dengue Patrol SMK Chepir (Sik)

SIK, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Sekumpulan pelajar berjaya mencuri perhatian pengunjung di sekitar Pekan Selasa, di sini apabila muncul berkostum lengkap seperti nyamuk aedes.

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chepir yang menyertai Skuad Denggi Patrol SMK Chepir yang berperanan membantu memerangi denggi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahayanya denggi.

Menurut Guru Penyelaras Skuad Denggi Patrol SMK Chepir, Zalina Kamarudin, demam denggi boleh mendatangkan kemudaratan sehingga membawa maut, namun kesedaran orang ramai terhadap bahaya denggi masih kurang.

“Pada hari ini kami bukan sahaja mempromosikan skuad ini bahkan turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama membendung pembiakan nyamuk aedes serta demam denggi.

“Antara aktiviti yang dijalankan oleh skuad denggi adalah mengedarkan ri­salah kesedaran mengenai bahaya demam denggi kepada para pengunjung,” katanya ketika mengiringi skuad tersebut, semalam.

Misi gempur denggi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi.

Misi gempur denggi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi.

Menurut Zalina lagi, pada masa sama skuad denggi tersebut turut memberi pendidikan mengenai bahaya denggi dan cara menanganinya bukan sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.

“Matlamat kami adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya denggi, ini kerana sebilangan masyarakat masih lagi memandang enteng terhadap hal tersebut.

“Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak berwajib bagi memerangi denggi namun begitu ia dilihat kurang berkesan kerana kurangnya kesedaran orang ramai terhadap penyakit yang boleh membawa maut itu,” katanya lagi.

Tambah Zalina, menerusi kempen bersemuka ini mereka turut mengajak orang ramai bagi membendung penularan nyamuk aedes dengan memastikan tempat pembiakan nyamuk dihapuskan.

“Ambil masa selama 10 minit setiap hari untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman masing-masing terutamanya ketika pertukaran cuaca antara kering ke basah atau sebaliknya,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda