Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Ops Raya Atasi Kebakaran

By 27 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Rasidi/Asmawati Abd. Mutalib (Alor Setar)

ALOR SETAR, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Ops Raya Pencegahan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan aktiviti pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran yang selalu dilakukan sempena cuti perayaan umum di premis-premis perniagaan seperti pusat membeli-belah, dewan, hotel dan restoran bagi mengelakkan bencana.

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kedah Syufaat Kamaron, berkata pusat membeli-belah dan kedai merupakan tempat tumpuan awam sempena sambutan Hari Raya Aldilfitri pada setiap tahun, maka wajarlah pemeriksaan dijalankan sepanjang bulan Ramadan agar pengunjung berasa selamat apabila berada di dalam premis tersebut.

“JBPM mengambil langkah yang serius dalam menjaga keselamatan awam, Ops Raya ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada pemilik premis perniagaan serta orang awam khususnya tentang kepentingan penjagaan keselamatan diri dan harta benda dalam aspek pencegahan kebakaran,” ujarnya ketika merasmikan Pelancaran Pemeriksaan Pusat Membeli-belah Sempena Musim Perayaan (Ops Raya 2019) di sebuah kompleks membeli-belah, di sini semalam.

Menurut Syufaat lagi, sebanyak tiga kes direkodkan pada tahun 2017, tiada kes pada tahun lalu, manakala pada tahun ini direkodkan satu kes kebakaran di sebuah pasaraya di Mukim Sungai Petani.

“Ops Raya pada tahun ini akan melibatkan 38 pusat membeli-belah di seluruh negeri Kedah dan 25 orang Pegawai Penguatkuasa Bomba akan membuat pemeriksaan bagi menguatkuasakan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) berkaitan Penghapusan Bahaya Kebakaran.

“Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM mengadakan operasi pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) musim perayaan ke atas semua premis pusat membeli-belah dan pasaraya di seluruh negeri Kedah dan memantau pepasangan sistem kebombaan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik,” ujar Syufaat lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda