Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu: Destinasi Baharu Pelancongan dan Hub Ekonomi Setempat

By 2 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : Zarihan bt Azib@ Aziz /  pasartani.fama.gov.my

PENGKALAN CHEPA – 2 Mei 2019 (Malaysiaaktif)- Kelantan sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan yang masih banyak mengekalkan keaslian tradisi hasil tangan sama ada ukiran yang menarik, makanan dan kuih muih yang menyelerakan.

Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu yang terletak 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa yang beroperasi setiap Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 1 petang semakin menjadi tumpuan pelancong serta pengunjung tempatan.

Selain membeli barang-barang di sini dengan harga berpatutan serta murah, pengunjung juga boleh mencuba beberapa aktiviti menarik seperti melihat proses membuat wau dan gasing serta berpeluang menaiki ‘River Cruise’ untuk meninjau panorama sekitar sungai Pengkalan Datu – Pengarah Tourism Kelantan (Kredit Utusan Malaysia Online 10 Feb 2018).

Antara gerai-gerai juala yang terdapat di Pasar Tani Terapung

Antara gerai-gerai juala yang terdapat di Pasar Tani Terapung

Seorang pengunjung dari luar Pengkalan Chepa, Rabiatul Adaiwiyah Isa, 47, berkata dia sudah beberapa kali ke sini semata-mata untuk mendapatkan makanan dan kuih muih seperti nasi kerabu, kuih jala mas, kuih tahi itik dan yang paling disukai ialah kuih Asam Gumpal iaitu kuih tradisional yang lemak manis diperbuat dengan biji sagu dan berinti, serta dimasak dengan kuah santan.

“Kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan besar atau empat segi, selain kuih, nasi kerabu, nasi tumpang dan nasi berlauk turut dijual dan menjadi pilihan pengunjung,” ujarnya.

“Makanan dan kuih di sini begitu enak, tidak terlalu manis dan sangat berpatutan harganya,” katanya lagi.

Bagi Wan Nah Wan Ahmad, 55, seorang peniaga di sini, berkata dengan adanya Pasar Tani Terapung ini beliau dapat menambah pendapatan keluarga dan membantu suami, di samping mengetengahkan kebolehan membuat pelbagai jenis kuih tradisional turun temurun warisan keluarganya.

“Saya berterima kasih sangat kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan Sungai Pengkalan Datu Sering ini sebagai lokasi pelancongan dan hub ekonomi baharu di kawasan ini,” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda