
Laporan/foto: Fasharina Kholil/Zurina Saad (Sik)
SIK, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menyampaikan sumbangan amal kepada 240 penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan sebagai persediaan bagi menyambut perayaan Wesak serta Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Kebajikan YSB, Datin Paduka Datuk Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah berkata, semua penerima itu dari daerah Sik, Baling serta Pendang yang telah dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Setiap penerima memperolehi
RM300 dan saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka dalam membuat persiapan menjelang perayaan tidak lama lagi,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Wesak dan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Dewan Al Hanna, di sini pagi tadi.
Dalam majlis tersebut, Ahli Lembaga Amanah YSB, Datin Wira Hajah Ramizan Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Negeri Kedah, Ooi Tze Min.