Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Peranan JaPen Penting Menyebarkan Maklumat Sahih

By 8 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Norhafizah Abd Rahim/Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) memainkan peranan yang kritikal dan penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada rakyat.

“Tugas penerangan adalah satu tugas yang cukup mulia dan penting dalam menerangkan semua polisi dan dasar kerajaan. Mutakhir ini, berita fitnah dan palsu terlalu mudah diakses dan berleluasa dalam media sosial. Ini satu perkara yang sangat menyedihkan kerana fitnah adalah perkara yang dilarang dalam Islam.

“Memastikan berita fitnah dapat disekat dan diberi penjelasan yang betul, merupakan satu cabaran yang utama kepada Japen. Ini termasuklah isu-isu semasa yang dijadikan bahan fitnah yang perlu diberi pencerahan dan penjelasan kepada rakyat antaranya isu Tabung Haji, Pemulihan Felda dan Isu Wang Pencen,” katanya.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bersalaman dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Terengganu ketika tiba di Wisma Persekutuan.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bersalaman dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Terengganu ketika tiba di Wisma Persekutuan.

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata demikian dalam perjumpaan beliau dan rombongannya bersama warga Penerangan Terengganu di Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Raja Kamarul dan rombongan diberikan taklimat berkenaan fungsi JaPen, oleh Pengarah Penerangan Terengganu, Azahar Ismail.

Kunjungan tersebut antara lain membincangkan kerjasama strategik antara pejabat timbalan menteri bersama JaPen dan agensi persekutuan yang lain dalam memastikan maklumat yang benar dan sahih dapat disampaikan kepada rakyat.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bergambar bersama warga kerja JaPen Terengganu

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bergambar bersama warga kerja JaPen Terengganu

Selain itu, pertemuan selama dua jam ini juga merencanakan program dan aktiviti kemasyarakatan secara bersepadu bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara agensi kerajaan bersama parti pemerintah, bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi menerima faedah atas usaha-usaha pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan hari ini.

EM

Tinggalkan komen anda