Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

Bubur Lambuk YB Ceriakan Kanak-Kanak PDK Nusajaya

By 8 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 26 orang kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya menerima sumbangan bubur lambuk di sini, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad.

Turut hadir isteri Dzulkefly, Noraini Adnan dan Penyelia PDK Nusajaya, Intan Rojitah Misran.

Dzulkefly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota Iskandar berkata, program ringkas pada hari ini adalah bagi menyantuni anak-anak kelainan upaya dan guru-guru pelatih yang terdapat di PDK Nusajaya sempena bulan Ramadan kali ini.

“Saya mengharapkan dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi silaturahim dan hubungan antara Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar dan pihak pengurusan PDK di sini,” katanya.

Dzulkefly menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terpilih

Dzulkefly menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat

Penyelia PDK Nusajaya, Intan Rojitah Misran berkata, pusat ini mempunyai sembilan orang petugas dan 46 orang pelatih termasuk enam orang pelatih di rumah.

“Walaupun beliau masih baharu berkhidmat tetapi beliau seorang pemimpin yang komited dan sangat mengambil berat tentang hal PDK. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan isteri atas sumbangan hari ini,” jelasnya lagi.

Menurut salah seorang penjaga pelajar di sini, Hishamuddin Hashim, 42, berkata bahawa jemputannya diperolehi terus dari Pusat Khidmat DUN Kota Iskandar untuk anaknya menerima sumbangan bubur di PDK.

“Alhamdulillah, program yang diadakan dalam bulan mulia ini membawa banyak kebaikan bukan sahaja kepada penghuni PDK ini tetapi kepada seluruh umat Islam di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penjaga, Julina Siam, 34, turut berkongsi kegembiraan dapat bertemu dengan wakil rakyat di kawasan ini selain anaknya turut menerima sumbangan bubur lambuk yang disampaikan sendiri oleh ADUN Kota Iskandar tersebut.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya, Intan Rojitah Misran.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nusajaya, Intan Rojitah Misran.

“Sebelum ini saya memang pernah nampak beliau di tempat ini tetapi hanya melihat dari jauh dan saya sangat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan,” jelasnya yang telah tujuh tahun menghantar anak sulungnya penghidap penyakit ‘down syndrome’ belajar di sini.

EM

Tinggalkan komen anda