Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesakit Strok Terharu Terima Kunjungan

By 27 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) dengan kerjasama Bank Muamalat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Jabatan Penerangan, Jabatan Zakat dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyantuni golongan asnaf di sekitar daerah ini bagi menghulurkan bantuan.

Menurut Pengarahnya, Dr. Megat Sany Megat Supian, sebanyak RM16 ribu diperuntukkan oleh ICU kedah dengan dibantu oleh agensi-agensi terbabit bagi membantu 60 orang asnaf di negeri ini.

“Insan-insan ini wajar dibantu tambahan pula menjelang syawal, semua insan berhak menikmati hari raya dengan hati yang gembira.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk barangan keperluan harian, lampin pakai buang dan wang tunai bagi meringankan beban golongan ini,” katanya yang ditemui sempena program Ziarah Kasih, disini hari ini.

Dr Megat (duduk kiri) menghulurkan sumbangan kepada Ramli di kediamannya, di sini.

Dr Megat (duduk kiri) menghulurkan sumbangan kepada Ramli di kediamannya, di sini.

Rombongan mengunjungi empat buah rumah terpilih dalam program ini bagi merasai sendiri jerit perih golongan asnaf ini menjelang syawal.

Menurut penerima bantuan Ramli Saad, beliau amat terharu dan tersentuh hati dengan kehadiran ramai pihak yang simpati dengan keadaannya.

“Usahkan baju raya, kuih-muihpun tidak dapat saya sediakan untuk anak-anak-anak” ujar pesakit strok kematian isteri ini.

Beliau yang tidak bekerja terpaksa mengharapkan anak lelaki sulungnya yang berumur 17 tahun untuk menyara mereka sekeluarga dengan bekerja mengambil upah menabur baja dan meracun rumput di sawah disamping meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau, sementara anak perempuannya menguruskan rumah.

Kehilangan isteri akibat penyakit asma menambahkan lagi sengsara apabila beliau tidak mampu menguruskan anak-anaknya yang lain berumur 15, 10, 8 dan 5 tahun.

SH

Tinggalkan komen anda